Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program celik wang, digital demi sokong penduduk rentan Divisyen Jalan Kayu

Jul 02, 2023 | 06:56 PM



Celik kewangan dan celik digital adalah antara tumpuan sebuah inisiatif baru – Rangkaian Jalan Kayu Prihatin – untuk menyokong hampir 300 penduduk rentan di Jalan Kayu melalui beberapa siri program yang disusun khas.

Penduduk yang terlibat adalah daripada program ComLink, iaitu Rangkaian Sokongan Masyarakat yang menyediakan sokongan bersepadu kepada keluarga yang tinggal di flat rumah sewa, dan di Jalan Kayu Heartstrings, sebuah projek masyarakat di mana pemimpin agama dan perniagaan memberi bantuan kepada golonganyang memerlukan.

Pelancaran inisiatif itu pada Ahad di Buangkok Square Mall dihadiri oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, dan Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio yang merupakan penasihat Divisyen Jalan Kayu, Cik Ng Ling Ling.

“Kami melancarkan Rangkaian Jalan Kayu Prihatin sebagai satu cara untuk memberikan bantuan kepada keluarga rentan dalam masyarakat dalam berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu,” ujar Cik Ng.

Rangkaian itu telah bekerjasama dengan 10 agensi untuk meningkatkan penyertaan masyarakat serta menyediakan sokongan kesihatan dan sosial kepada penduduk berpendapatan rendah.

“Kami telah menambah bengkel mengenai celik kewangan dan celik digital untuk keluarga dengan bekerjasama dengan rakan kongsi seperti (syarikat semiconductor dan elektronik) AEM, yang akan membantu meningkatkan tahap celik sains dan matematik dalam kalangan pelajar memerlukan,” tambahnya.

Rakan kongsi seperti Adullam Life Counselling pula akan mengadakan bengkel perancangan celik kewangan mengenai Kerja Kesedaran Hutang dan Penyelesaian untuk mengatasi situasi kewangan yang dihadapi mereka.

Dengan itu, keluarga terpilih juga akan mendapat akses untuk membeli-belah barang keperluan harian bernilai hingga $100 di bawah program ‘Shop for Good’ yang menyediakan lebih 100 barang di Pusat Komuniti Hwi Yoh.

Di samping itu, Tembok Hijau Hidroponik di Kelab Kesihatan Komuniti Jalan Kayu telah dilancarkan untuk menyokong kelestarian alam sekitar, sambil memberi manfaat kepada mental, sosial dan fizikal warga emas melalui komunikasi dan mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

Melalui semangat perkampungan di kalangan penduduk, sebuah taman masyarakat di Taman Permainan Mugliston akan menyumbangkan sayur-sayurannya kepada The Social Kitchen, dalam misi untuk menyediakan makanan kepada keluarga kurang bernasib baik.

Inisiatif kolektif oleh penduduk Jalan Kayu ini akan membantu dalam mempromosikan persekitaran yang prihatin dan menaikkan semangat penduduk memerlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >