Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama pemerintah, masyarakat perlu bagi jadikan S’pura lebih inklusif: DPM Wong

Nov 11, 2023 | 06:28 PM



Usaha membina Singapura menjadi sebuah masyarakat lebih inklusif dan adil untuk semua bukan hanya memerlukan dasar dan tindakan daripada pemerintah, malah menghendaki kerjasama semua pihak, daripada kumpulan masyarakat hingga ke majikan dan keluarga serta individu, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Walaupun Singapura telah mengorak langkah besar dalam menjadi masyarakat yang lebih inklusif sepanjang lebih sedekad yang lalu, masih banyak lagi yang boleh dilakukan, tambah beliau.

Pemerintah, misalnya, telah menetapkan matlamat yang ingin dikecapi untuk memperkukuhkan khidmat sokongan bagi golongan kurang upaya dan penjaga mereka di bawah Pelan Induk Pemerkasaan 2030.

Bahkan, laporan Melakar Hala Tuju Singapura, atau Forward Singapore, yang dikeluarkan baru-baru ini, telah berkongsi matlamat dan pelan hala tuju masa depan untuk menjadikan negara ini lebih inklusif.


Namun begitu, Encik Wong menekankan bahawa sokongan seluruh masyarakat amat diperlukan untuk membantu golongan yang mempunyai keperluan khas.

“Kita semua di Singapura perlu memainkan peranan. Kami akan memerlukan bantuan majikan dan perniagaan untuk lebih menyesuaikan keadaan, untuk lebih inklusif terutamanya bagi individu kurang upaya.

“Kami akan memerlukan sokongan kumpulan masyarakat, yang mana ramai mempunyai kemahiran, pengalaman dan kepakaran khusus untuk membantu mereka dengan keperluan khas; dan lebih penting, kami memerlukan sokongan semua warga Singapura – setiap daripada kita untuk memainkan peranan menunjukkan keprihatinan, belas kasihan dan empati kepada orang kurang upaya dan menerima mereka seadanya,” kata beliau.

Encik Wong berkata demikian ketika berucap di pesta seni inklusif Shaping Hearts 2023 anjuran Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East di Our Tampines Hub pada Sabtu.


Turut hadir ialah Anggota Parlimen GRC Tampines, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon; dan Mayor CDC North East, Encik Desmond Choo.

Sebagai sebahagian daripada acara itu, penganjur telah melancarkan dermasiswa seni Anugerah North East HeARTS dan menetapkan matlamat mengumpulkan dana $750,000 dalam usaha mempertingkat kesedaran bagi golongan keperluan khas dan mempromosi masyarakat yang lebih inklusif.

CDC North East baru-baru ini juga telah melancarkan dana $9 juta untuk membantu penduduk menangani isu kos sara hidup yang semakin tinggi.

Encik Wong berkata usaha masyarakat seperti itu adalah penting dan membantu melengkapi langkah-langkah dan program bantuan pemerintah.

“Jika kita semua bersama-sama kekal bersatu, menunjukkan keprihatinan untuk satu sama lain, menjaga mereka yang lebih mudah terjejas dalam kalangan kita dan sentiasa mengekalkan semangat perpaduan dan kepercayaan yang kukuh dalam masyarakat, kita boleh mengatasi sebarang cabaran yang datang kepada kita,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >