Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama rapat TP, SOC jaya tahan lelaki didakwa pandu mabuk

Sep 24, 2023 | 07:03 PM



Hasil semangat kerjasama para pegawai polis, usaha mencari seorang pemandu mabuk yang terlibat dalam satu kemalangan telah berjaya dijalankan.

Pada 22 Ogos, seorang pemandu lelaki berusia 34 tahun yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk telah ditahan.

Ini selepas polis dimaklumkan mengenai kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta Porsche yang didakwa melanggar lampu merah sebelum merempuh sebuah kereta Honda di sepanjang Serangoon Road.

Seorang pemandu dan dua penumpang kereta Honda itu mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.


Selepas kemalangan tersebut berlaku, lelaki yang disyaki mabuk itu melarikan diri dari tempat kejadian.

Namun, pegawai Trafik Polis (TP), Pasukan Operasi Khas (SOC), dan Divisyen Polis Ang Mo Kio berjaya bekerjasama untuk mencari dan menahan lelaki tersebut.

Selepas melarikan diri dari tempat kejadian, lelaki itu dipercayai pulang ke rumahnya yang terletak di Potong Pasir.

Dalam satu sidang media pada Khamis, pegawai TP, Sarjan Muhd Adzlan Hussein, berkongsi bahawa beliau dan satu lagi rakan kerja dikerahkan untuk mencari lelaki tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, lelaki itu dipercayai telah pulang ke rumahnya di Potong Pasir. Apabila kami tiba di sana, kami meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan akhirnya mendapati seseorang yang menepati butiran lelaki itu,” jelas Sarjan Muhd Azlan.

Pegawai SOC, Staff Sarjan Kanan (SSS) Mohamed Hafiz Maideen, yang sebahagian daripada Unit Anjing Pengesan (K9), juga membantu mengesahkan lokasi lelaki itu.

Anjingnya berjaya mencari lelaki itu selepas ia menghidu baunya pada dompetnya yang tertinggal di tempat kejadian.

“Saya gembira dapat membantu mengesah lokasi lelaki itu. Pujian harus diberikan kepada anjing saya kerana telah melakukan kerja yang hebat,” ujar SSS Mohamed Hafiz.

Setelah lokasi lelaki itu disahkan, pegawai-pegawai SOC yang diketuai Penolong Superintenden Polis (ASP) Alvin Lai Weijian, memecah masuk rumah lelaki itu pada sekitar 6 pagi selepas dia tidak mematuhi arahan polis untuk menyerah diri.

Lelaki itu ditahan kerana didakwa memandu dalam keadaan mabuk. Dia juga sedang disiasat untuk memandu secara berbahaya menyebabkan kecederaan.


“Semasa kejadian itu, saya rasa situasi terkawal kerana semua unit bekerjasama dengan baik dan kita berjaya menyelaraskan respon kita secara bersatu dengan berkomunikasi dengan rapat,” ujar ASP Alvin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >