Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes harapkan pagar, pagar makan padi: Lelaki dijel 10 tahun, sebat 9 kali kerana dera seks gadis

Nov 28, 2023 | 07:51 PM



Seorang pengurus di sebuah firma pembangunan kepimpinan belia dan isterinya memutuskan untuk mengambil seorang gadis yang pernah didera secara seksual sebagai anak angkat mereka.

Gadis itu terkesan secara mental kerana pernah didera secara seksual oleh bapanya selepas ibunya membunuh diri.

Namun, pengurus itu, bapa dua anak lelaki, sebaliknya mengambil kesempatan atas kelemahan gadis berusia 16 tahun itu.

Menurut laporan The Straits Times (ST), dia berulang kali melakukan pelbagai hubungan seks termasuk meliwat gadis itu.


Perbuatan itu berlaku hampir setiap hari antara September hingga pertengahan November 2020.

Pada 28 November, lelaki berusia 39 tahun itu yang tidak lagi berkhidmat dengan syarikat itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan sebat sembilan kali.

Pesalah itu, yang tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa, mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan penetrasi seks bersifat eksploitatif ke atas gadis bawah umur itu, atau yang berusia lebih 16 tahun tetapi bawah 18 tahun.

Kes itu merupakan pendakwaan pertama terhadap seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376AA Kanun Keseksaan yang baru.

Pihak pendakwaan berkata: “Selepas mempertimbangkan saranan Jawatankuasa Semakan Kanun Keseksaan (PCRC), Parlimen menggubal Seksyen 376AA… untuk melindungi remaja bawah umur berusia antara 16 hingga 18 tahun yang menjadi mangsa kegiatan penetrasi seks yang bersifat eksploitatif.”

Gadis itu berusia 13 tahun pada Jun 2017 ketika ibunya membunuh diri di hadapannya. Akibatnya, dia mengalami ‘adjustment disorder’, iaitu gangguan emosi dan kesukaran menghadapi tekanan hidup.

Pada Januari 2018, bapanya telah melakukan penderaan seks dengan menyentuhnya secara tidak wajar.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan perinciannya, namun remaja itu kemudiannya didapati mempunyai dos antidepresan berlebihan dan dimasukkan ke Institut Kesihatan Mental (IMH) dari 11 hingga 19 Januari 2018.

Gadis itu didiagnos mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).


Dia kemudian dilepaskan daripada jagaan bapanya pada Mac 2018, dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) meletakkannya dalam jagaan seorang rakan keluarga.

Pada Jun 2018, seorang rakan karib gadis itu pula membunuh diri. Gadis itu kemudian mencederakan dirinya berulang kali dengan mata pisau.

Setelah dinilai mempunyai risiko membunuh diri, dia ditempatkan di sebuah pusat bagi membantu remaja perempuan yang mengalami trauma atau penderaan untuk berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Pada Jun 2019, syarikat tempat pesalah itu bekerja mengadakan satu kem untuk remaja perempuan. Di situlah dia bertemu mangsa tersebut yang merupakan peserta kem.

Semasa perkhemahan itu, dia memberitahu pesalah dia ingin menjadi anak angkat kerana tidak dapat pulang kepada keluarganya. Isteri lelaki itu bersetuju dengan keputusannya untuk mengambil gadis itu sebagai anak angkat. Keluarganya juga dinilai oleh MSF sebagai penjaga yang sesuai.

Pada September 2020, gadis itu berada di rumah lelaki itu apabila dia mencadangkan agar mereka melakukan satu aktiviti. Dia kemudian menyuruh gadis itu mendedahkan dadanya di hadapan cermin.

Pada bulan sama, gadis itu berada di atas katil bersama lelaki itu apabila dia membuat gadis itu merangsangnya secara seksual. Dia kemudian mengadakan hubungan seks dengan gadis itu.

Keesokan harinya, dia melakukan perbuatan sama terhadap gadis itu. Dia terus menyasarkannya hampir setiap hari sehingga November 2020.

Gadis itu akhirnya memberitahu seorang guru mengenai pengalaman pahitnya. Gurunya kemudian memaklumkan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >