Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes mayat dikerat-kerat diketengahkan dalam dokumentari jenayah BH

Aug 17, 2023 | 08:06 PM



Kes mayat dikerat-kerat dan dibuang di Sungai Kallang adalah antara pembunuhan paling kejam dalam sejarah Singapura.

Dipaparkan dalam episod keenam Diari Mahkamah podcast #NoTapis, kes ini melibatkan Leong Siew Chor, 50 tahun, membunuh kekasih yang juga rakan sekerjanyanya, Cik Liu Hong Mei, seorang warga China berusia 22 tahun, pada Jun 2005. 

Leong, seorang penyelia kilang, mencerut leher Cik Liu, seorang operator kilang di syarikat yang sama, dengan tuala hingga mati, di flat Leong di Lorong 3 Geylang. 

Pembunuhan itu berlaku antara 9.30 pagi pada 15 Jun dan 9.15 pagi 16 Jun 2005. 

Mayat Cik Liu dikerat tujuh bahagian dan dibuang di beberapa tempat, termasuk Sungai Kallang. 

Sebelum itu, ketika mereka di hotel, Leong mencuri kad ATM Cik Liu. Selama dua hari, dia menggunakan kad ATM Cik Liu untuk berbelanja dan mengeluarkan wang sebanyak $1,000. 

Akhirnya, hampir semua wang simpanan Cik Liu yang berjumlah sekitar $2,000 dicuri Leong. 

Apabila Cik Liu mengadu kepada Leong mengenai kad ATM-nya hilang dan memberitahu Leong beliau sudah membuat laporan polis, Leong menjadi resah.

Setelah menimbangkan semua bukti dan hujah yang disampaikan sepanjang perbicaraan Leong, Hakim Tay Yong Kwang mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman mati pada 19 Mei 2006. 

Leong merayu tetapi ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada September 2006.  

Dia kemudian merayu kepada Presiden S.R. Nathan untuk diberi pengampunan pada Januari 2007, tetapi rayuan itu juga ditolak. 

Leong menjalani hukuman mati pada 30 November 2007.

Melihat pada kes ini, rakan kongsi firma guaman IRB Law, Cik Mumtaz Zainudin, menjelaskan bagaimana tertuduh meminta Keampunan Presiden untuk mengelak daripada hukuman mati, yang jarang diberi Presiden. 

Dengar kes menarik perhatian ramai ini dalam podcast Diari Mahkamah #NoTapis menerusi Spotify atau laman www.beritaharian.sg/podcasts




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >