Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes pajak barang kemas kuil: Bekas ketua sami gagal dapatkan hukuman penjara lebih ringan

Oct 17, 2023 | 07:45 PM



Bekas ketua sami Kuil Sri Mariamman yang telah menerima lebih $2.3 juta telah menggadai barang kemas yang digunakan untuk menghiasi patung-patung dewa di kuil terletak di South Bridge Road.

Dia gagal dalam rayuannya untuk mendapatkan hukum penjara lebih ringan.

Pada Mei lalu, hakim daerah telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas Kandasamy Senapathy, 39 tahun, setelah dia mengaku bersalah atas dua tuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan dua tuduhan menghapuskan jenayah daripada pihak berkuasa.

Peguam tertuduh, Encik Divanan Narkunan, mengemukakan bantahan pada Mahkamah Tinggi bahawa hukuman yang dikenakan jelas keterlaluan.

Tambahan beliau, hakim daerah telah membuat kesilapan kerana telah memberi tumpuan kepada jumlah wang yang digelapkan tanpa mengambil kira bahawa wang yang diperoleh Kandasamy hanyalah sebahagian kecil daripada hasil gadaian sepenuhnya.

Peguam itu juga telah menunjukkan “corak fakta unik” pada skim anak guamnya antara 2016 hingga 2020 yang melibatkannya “menggulung barang kemas”.

Encik Kandasamy akan menggadaikan barang kemas untuk mendapatkan wang tunai dan kemudian pulang pada hari yang lain untuk menebus barang kemas sebelumnya menerusi barang kemas yang baru.

Penguamnya turut berkata, walaupun anak guamnya menerima $2.3 juta secara keseluruhan, dia hanya memanfaatkan $141,054.90 sahaja baki daripada jumlah yang digadai setelah digunakan untuk menebus barang kemas dan membayar bunga kepada kedai pajak gadai.

Bagaimanapun Hakim Vincent Hoong tidak bersetuju.

Hakim Mahkamah Tinggi menegaskan apabila Kandasamy menggadai barang kemas tersebut, dia menerima hasil kutipan seperti yang tertera.

“Bagaimana beliau memilih untuk menggunakan hasil pajak gadai tidak relevan untuk menentukan jumlah yang telah disalahgunakan dalam setiap tuduhan CBT”, kata Hakim Mahkamah Tinggi.

Tambah Hakim Hoong, jumlah yang terhutang kepada kedai pajak adalah disebabkan oleh perbuatan Kandasamy yang menyalahi undang-undang.

“Encik Kandasamy tidak dapat menyatakan bahawa hasil yang diterima daripada pajak gadainya lebih rendah kerana beliau telah menggunakan hsail tersebut untuk terus melakukan kesalahan. Ini merupakan hujah yang tidak jujur,” kata Hakim itu lagi.

Kandasamy telah menggadaikan sebanyak 66 barang kemas di kedai pajak yang berbeza-beza.

Kesalahannya hanya dikesan pada Julai 2020 apabila audit yang ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 dapat dijadualkan.

Walaupun dia cuba mengelak, dia akhirnya mengaku bersalah.

Kesemua barang kemas yang digadainya telah dikembalikan ke kuil.

Bagaimanapun, jumlah wang bernilai $141,054.90 yang telah dikirimkan ke India tidak dapat ditebus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >