Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes ubah wang haram bilion dolar: Warga Kemboja hadapi lebih banyak dakwaan

3 tuduhan baru libatkan $6j dalam bank, kereta lebih $1j dan mata wang kripto
Aug 30, 2023 | 02:59 PM



Warga Kemboja Chen Qingyuan, salah seorang daripada 10 warga asing yang dituduh terlibat dalam rangkaian pengubahan wang haram berjumlah bilion dolar, dikenakan tiga tuduhan lagi pada Rabu.

Tuduhan itu melibatkan lebih $6 juta dalam akaun banknya, sebuah kereta bernilai lebih $1 juta dan mata wang kripto, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ng Jean Ting.

Cik Ng meminta Chen direman lapan hari lagi, sambil menambah bahawa bukti terkumpul menunjukkan ada kaitan dalam kalangan 10 orang itu.

Beliau menambah bahawa ada risiko pencemaran dan pakatan sulit dalam kalangan mereka yang terlibat.

Peguam Chen, Encik Mark Tan, meminta kliennya dibebaskan dengan ikat jamin.

“Dia bukan risiko melarikan diri. Pasportnya sudah dirampas, keluarganya berada di sini dan dia merindui mereka,” kata beliau.

“Dia mempunyai isteri dan tiga anak berusia 12, 11 dan lima tahun. Anak pertama dan keduanya belajar di sini sejak 2017 dan mereka sudah bertapak di sini.”

Peguam itu menambah bahawa “kemungkinan dia mengulangi kesalahan” adalah rendah dan dia terlibat dalam kerja sukarelawan dan berhasrat melakukannya semula.

Hakim mengarahkan supaya Chen terus direman hingga 6 September apabila kesnya didengar lagi di mahkamah.

Chen, yang mulanya didakwa pada 16 Ogos dengan satu pertuduhan mengambil manfaat daripada aktiviti jenayah yang diperolehi secara haram, kini menghadapi tuduhan di bawah Akta Rasuah, Penyeludupan Dadah dan Jenayah Berat Lain (Perampasan Faedah) (CDSA).

Dia yang pertama daripada 10 tertuduh yang hadir di mahkamah menerusi pautan video selepas mereka ditahan pada 15 Ogos, menyusuli serbuan serata Singapura melibatkan 400 pegawai polis.

Mereka kini menghadapi pelbagai tuduhan, termasuk pemalsuan.

Beberapa tertuduh ditahan di rumah mereka di banglo mewah dan kondominium mewah di seluruh Singapura.

Operasi itu menyaksikan sekitar $1 bilion aset dirampas, dibekukan atau dikeluarkan perintah larangan dilepaskan, iaitu dilarang dijual.

Aset itu yang dimiliki individu yang disiasat atau oleh syarikat dan orang ada kaitan dengan mereka, termasuk 105 hartanah bernilai $831 juta.

Hartanah itu merangkumi tujuh banglo mewah di Sentosa Cove, 79 unit kondominium dan 19 ruang industri.

Chen ditahan di kondominiumnya di Leonie Hill Road di kawasan River Valley. Dia didapati mempunyai pasport asing yang dipercayai dikeluarkan oleh China dan Dominica.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >