Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesan perubahan di Timur Tengah kepada S’pura, Asia Tenggara

Penting lihat isu Timur Tengah jangkau sudut agama, kata diplomat bersara
Jul 17, 2023 | 05:31 AM



Ramai warga Singapura, termasuk orang Islam dan Kristian, mungkin melihat isu di Timur Tengah dari sudut keagamaan, kata diplomat bersara, Encik Bilahari Kausikan.

Ini dapat difahamkan memandangkan rantau itu mempunyai kepentingan sejarah dan kerohanian untuk bukan sahaja penganut agama Islam, bahkan penganut agama Kristian dan Yahudi.

“Tetapi ada perkara lain yang penting yang sedang berlaku di rantau itu, seperti usaha untuk mengubah masyarakat mereka, ekonomi mereka.

“Kita perlu lebih sedar tentang perkara ini dan apa pengajaran yang boleh diraih,” ujar Encik Bilahari dalam satu wawancara dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini.


Beliau merupakan Pengerusi Institut Timur Tengah (MEI) di Universiti Nasional Singapura.

Encik Bilahari menggariskan tiga perkara yang menjejas rantau Timur Tengah, serta kesannya kepada Asia Tenggara, termasuk Singapura.

Tiga perkara itu ialah perubahan sosioekonomi, peralihan geopolitik, dan penyusunan semula keutamaan kerajaan Timur Tengah, termasuk perhatian mereka terhadap isu Palestin.

Disebabkan tiga faktor itu, rantau itu sedang menyaksikan beberapa perubahan besar, khususnya di negara Teluk seperti Arab Saudi, Amirah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.

PERUBAHAN SOSIOEKONOMI

Encik Bilahari berkata negara-negara Teluk sedang melangkah ke dunia pasca bahan api fosil di tengah-tengah keprihatinan mengenai perubahan iklim.

“Ada satu usaha bersepadu oleh kebanyakan negara Teluk untuk mengubah semula ekonomi mereka.

“Disebabkan perubahan iklim, orang ramai kini beralih daripada bahan api fosil. Ini tidak akan berlaku dengan segera.

“Tetapi (negara Teluk) tahu mereka tidak boleh kekal dalam takuk lama. Untuk mengubah semula ekonomi, mereka juga sedang mengubah masyarakat mereka,” ujar Encik Bilahari.

Di Arab Saudi, antara perkembangan yang menarik perhatian ramai ialah perubahan undang-undang bagi membenarkan wanita memandu.

Lebih penting daripada itu, kata Encik Bilahari, wanita kini dibenarkan bekerja dalam pelbagai industri, dan mereka tidak perlu ditemani mahram.

Di bawah pimpinan Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman, 37 tahun, Saudi dijangka terus menjadi lebih progresif. Trend yang sama juga telah dilihat di negara Teluk lain seperti UAE, Qatar dan Oman.

“Perkembangan ini akan mempunyai kesan bukan sahaja ke atas negara Teluk, bahkan dalam dunia Islam, khususnya di Asia Tenggara,” kata Encik Bilahari.

GEOPOLITIK

Perubahan yang kedua adalah dari segi geopolitik.

Meskipun ada yang menganggap Amerika Syarikat sebagai menarik diri dari Timur Tengah, hakikatnya kehadiran adikuasa itu masih ketara di rantau tersebut, kata Encik Bilahari.

Belajar daripada kesilapan mereka di Vietnam, Iraq dan Afghanistan, Amerika kini beralih daripada campur tangan langsung tentera darat, kepada usaha mengimbangi semula menerusi kuasa tentera laut.

Amerika masih mempunyai pangkalan dan kehadiran di serata Timur Tengah, termasuk Bahrain, UAE, Qatar dan Turkey, dan tiada petanda akan meninggalkannya.

China pula sedang menumpukan lebih perhatian kepada Timur Tengah tetapi ia tidak berniat memainkan peranan sebagai penyedia keamanan, kata Encik Bilahari.

“Kini ada perubahan di Timur Tengah, khususnya di Teluk, untuk beralih ke arah dasar luar semua hala, bukan sahaja melibatkan Amerika yang masih penting, bahkan China dan Eropah.

“Sebahagian daripada peralihan itu, mereka juga semakin melibatkan Asia Tenggara,” kata ujar Encik Bilahari.

KEUTAMAAN DISUSUN SEMULA

Akibat perubahan sosioekonomi dan geopolitik itu, keutamaan kerajaan negara Timur Tengah kini disusun semula.

“Isu Palestin mungkin isu paling penting kepada ramai orang Islam di Asia Tenggara. Tetapi bagi kerajaan di Timur Tengah, ia bukan paling penting.

“Bukan bermaksud isu Palestin tidak penting. Ia akan sentiasa penting, tetapi tidak sama penting kepada kerajaan, sebagaimana ia mungkin penting kepada rakyat,” kata Encik Bilahari.

KESAN KEPADA SINGAPURA, ASIA TENGGARA

Singapura mula memperdalam penglibatannya dengan Timur Tengah sejak awal 2000-an apabila pemerintah memerhatikan masyarakat Islam di Asia Tenggara menjadi semakin konservatif, kata Encik Bilahari.

Menurutnya lagi, trend itu masih dilihat di Asia Tenggara hari ini, walaupun negara Timur Tengah kini bergerak sebaliknya menjadi lebih progresif.

Encik Bilahari memberi contoh kontroversi mengenai penggunaan kalimah Allah di Malaysia yang menurut sesetengah pihak harus dikhaskan untuk orang Islam; usaha Indonesia untuk menghidupkan penghayatan Islam lebih tradisional menerusi Islam Nusantara; serta penggunaan tudung yang lebih meluas di Singapura.

Trend ke arah haluan konservatif ini mungkin memberi kesan kepada masyarakat di Asia Tenggara yang rata-ratanya majmuk, kata Encik Bilahari.

“Jika masyarakat Islam memandang ke dalam, ia mempunyai implikasi terhadap politik dan perpaduan sosial.

“Di Singapura, anda akan mencari masalah kalau anda cuba mencampuradukkan politik dan agama. Tetapi di negara lain, agama digunakan sebagai alat politik,” ujar Encik Bilahari.

Terdapat juga peluang ekonomi bagi Singapura di Timur Tengah, sedang rantau itu terus membangun.

Hubungan Singapura dan Timur Tengah kian meningkat, dan lebih ramai warga Singapura yang bermastautin di negara seperti UAE, Qatar dan Oman, dan ini termasuk orang Melayu/Islam.

“Faktor kelebihannya adalah sebagai warga Singapura, berbanding faktor sebagai orang Islam. Jenama Singapura dipandang agak tinggi di sana,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >