Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua pasukan sedia berkhidmat pastikan peserta dijaga

Sambutan Hari Kebangsaan Singapura tidak lengkap tanpa perbarisan berwarna-warni dibentuk anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) serta pelbagai agensi pemerintah dan persatuan tempatan. Di sebalik pelaksanaan tertib dan penuh disiplin itu juga terdapat beberapa individu yang menyumbang masa dan tenaga mereka agar ia dijalankan dengan lancar. BERITA HARIAN mewawancara beberapa individu yang menyokong hari penuh istimewa itu di balik tabir.
Aug 10, 2023 | 05:30 AM



Pegawai Waran Ketiga (3WO) Alif Omar, 40 tahun, dari Batalion ke-30, Jurutera Kombat Singapura, merupakan antara kakitangan yang sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan peserta di balik tabir Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada Rabu.

Setiap minggu sejak Mei lalu, beliau bersama pasukannya bertungkus-lumus membuat persiapan logistik termasuk makanan, minuman serta tempat berteduh.

Sebagai ketua pasukan bagi segmen Perbarisan Pertahanan Mutlak (TDP) tahun ini, 3WO Alif, yang telah memegang peranan tersebut sebanyak tiga kali sepanjang 21 tahun berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), perlu memastikan sajian dan keperluan peserta sentiasa dijaga dengan baik.

“Seawal 8 pagi, kami sudah berada di sini untuk memastikan semua keperluan logistik disediakan sebelum peserta tiba. Kami menyiapkan tempat minum air dan juga kawasan rehat mereka,” kata 3WO Alif

“Masa bertugas kami amat panjang. Kami juga perlu berjaga sehingga 9.30 malam. Pasukan kamilah yang masuk dulu dan yang terakhir untuk keluar,” tambahnya.

Sungguhpun begitu, 3WO Alif tidak pernah merungut tentang pengalaman itu dan rasa bersemangat apabila peserta dan juga askar-askar menerima makanan dan minuman mereka yang ditaja oleh pelbagai syarikat.

“Kami rasa macam meraih satu kepuasan setelah dapat memberikan hidangan kepada peserta dan melihat senyuman di wajah mereka. Ia benar-benar membakar semangat kami dan juga mereka.

“Kami ada LiHo, kami ada Mr Bean, dan kami juga ada Old Chang Kee. Ini membuatkan mereka gembira untuk berada di sini,” tambahnya.

3WO Alif dan pasukannya menyelia persiapan logistik, termasuk mengagihkan makanan, untuk kira-kira 300 peserta yang merupakan sebahagian daripada Pangkalan Operasi Hadapan, terletak di sekitar Ophir Road dekat dengan bangunan pit Formula 1.

Ini termasuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan juga snek malam untuk memastikan peserta sentiasa “cukup makan”.

Ketika ditanya Berita Harian tentang makanan kegemaran beliau, 3WO Alif berkata:


“Bukan saya sahaja, malah yang lain juga gembira dapat menjamu makanan dari KFC,” katanya sambil tersenyum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >