Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat cemerlang pegawai waran diiktiraf SAF

942 kakitangan Mindef, SAF terima Anugerah Hari Kebangsaan 2023
Nov 29, 2023 | 05:22 PM



Pengalaman lebih 20 tahun bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tidak mempersiapkan Pegawai Waran Pertama (1WO) Muhammad Shahrul Shahrin untuk tugas mencabar menguruskan kumpulan askar baru yang memulakan latihan selepas pandemik Covid-19.

Namun, itu tidak mematahkan semangat beliau untuk mengasuh, memberi inspirasi serta menerapkan nilai-nilai berharga kepada anggota SAF baru di bawah jagaannya.

1WO Shahrul, yang merupakan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Batalion Kedua Rejimen Infantri Singapura (2SIR), memberitahu Berita Harian pasukan kepimpinan unit itu mengamalkan nilai teras unit mereka, iaitu memimpin menerusi teladan dan bersikap lebih memahami.


“Cabaran terbesar saya ialah ramai daripada mereka yang baru didaftarkan masuk tidak cukup bersedia dari segi mental mahupun fizikal kerana batalion ini dibentuk selepas Covid-19, apabila keadaan kembali normal.

“Menguruskan tekanan fizikal dan emosi disebabkan berjauhan dan menguruskan tempo latihan terbukti sesuatu yang boleh mencabar diri dari segi mental dan emosi.

“Kami mengatasi cabaran itu melalui pelibatan berterusan pada setiap bab fasa batalion, mengekalkan ketelusan dalam latihan progresif, mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada individu cemerlang dan memupuk rasa kebersamaan dalam semua usaha kami,” kata 1WO Shahrul.

Baru-baru ini, 1WO Shahrul menerima Pingat Kecekapan daripada Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, di majlis penyampaian Anugerah Hari Kebangsaan Kementerian Pertahanan (Mindef).

Beliau salah seorang daripada 942 kakitangan Mindef dan SAF yang diiktiraf pada 2023 bagi prestasi cemerlang dan dedikasi mereka terhadap tugas dan perkhidmatan kepada negara.

Sejumlah 142 Pingat Pujian, 162 Pingat Kecekapan dan 652 Pingat Bakti Setia dianugerah kepada kedua-duanya, anggota tentera dan bukan tentera.

Seramai 14 kakitangan dianugerah Pingat Kepujian/Kecekapan dan Pingat Bakti Setia.

Berasa berbesar hati dengan anugerah itu, 1WO Shahrul berkata beliau akan menggunakan pengiktirafan itu sebagai dorongan untuk terus memartabatkan tahap profesionalisme tinggi Pegawai Waran.

Lebih penting lagi, beliau akan terus mencari cara baru dan inovatif untuk meningkatkan realisme latihan dan keseluruhan pengalaman NS bagi anggota tentera.

Dalam pada itu, beliau berharap dapat menerapkan nilai berharga serta kemahiran dan etika kerja tidak ketara yang telah diperolehi sepanjang kerjayanya bersama SAF kepada generasi akan datang.

“Motivasi utama yang terus mendorong saya (untuk terus berkhidmat) ialah orang di sekeliling saya.

“Saya gembira dikelilingi pelbagai pegawai yang ada dan keazaman bersama mereka untuk menyumbang kepada negara dengan cara tersendiri memberi inspirasi kepada diri saya.

“Pengajaran tidak ternilai yang saya peroleh daripada pegawai senior dan pembimbing saya telah membentuk peribadi saya hari ini,” ujar 1WO Shahrul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >