Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai polis diiktiraf laksana lebih tugas semasa Covid-19

Nov 22, 2023 | 08:06 PM



Semasa pandemik Covid-19, Inspektor 2 (INSP2) Norhisham Mohamed Jumahin memainkan peranan penting dalam menyokong penyediaan Kemudahan Kuarantin Pemerintah (GQF) Akademi Home Team (HTA).

Tanggungjawabnya termasuk menyelia operasi harian, mengurus kakitangan dan menangani keperluan individu yang dikuarantin (PUQ) mengikut arahan Kementerian Kesihatan (MOH).

Peranan INSP2 Norhisham diiktiraf apabila beliau dianugerahkan Anugerah Pingat Kepujian semasa Majlis Anugerah Kebangsaan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (Covid-19) 2023.

Beliau adalah antara 3,036 penerima anugerah daripada sembilan kategori pingat dalam majlis yang diadakan di Singapore Expo pada Rabu.

Beberapa ahli Pengurusan Kanan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menganugerahkan sejumlah 893 Pingat Kepujian kepada individu yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam peranan mereka semasa Covid-19.

Pingat Kepujian kepada penerima yang mempamerkan keberanian dan dedikasi yang tinggi di luar panggilan tugas sambil mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Dasar) MHA, Encik Puah Kok Keong.

INSP2 Norhisham, 46 tahun, bekerja rapat dengan Kementerian Pembangunan Negara (MND) berhubung penubuhan GQF pada 30 Januari 2020 untuk menerima PUQ.

Sebelum wabak, skop tugas INSP2 Norhisham, yang telah berkhidmat selama 25 tahun, merangkumi tanggungjawab mengawasi keselamatan perlindungan orang dan aset dalam premisnya. Beliau menyelia pasukan 45 pegawai dari Pasukan Polis Bantuan (APF).

Tanggungjawab beliau bertambah dan diperluaskan semasa pandemik dengan beliau harus memastikan keselamatan PUQ yang ditempatkan di salah satu blok HTA.

Selain menjalankan operasi keselamatan harian HTA, pasukan beliau juga mengendalikan operasi keselamatan GQF sepanjang hari.

Tanggungjawabnya merangkumi penyeliaan ejen pengurusan dan APF dan menangani keperluan PUQ, termasuk pengedaran makanan, pengedaran ubat di kaunter, ujian swab, kemasukan dan pelepasan PUQ, serta perkhidmatan ambulans.

“Ini adalah kali pertama kami diaktifkan untuk tugas tersebut. Ia memerlukan kami untuk bertindak balas dan bekerja dengan pantas supaya bersedia untuk menyediakan dan menjalankan operasi GQF.

“Saya mengambil peluang ini untuk menguji dan menggunakan pengetahuan dan pengalaman saya dalam menguruskan operasi,” kata beliau.

INSP2 Norhisham maklum pentingnya kerjasama antara pelbagai pihak berkepentingan dalaman seperti Pengurusan Harta dan Fasiliti serta agensi lain seperti MOM, MOH dan MND untuk memastikan kesejahteraan keseluruhan dijaga.

Sementara itu, dalam ucapannya, tetamu terhormat, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang, Encik K Shanmugam, menekankan kepentingan nilai kepercayaan antara satu sama lain semasa pandemik Covid-19.

“Di Singapura, kita dapat mengawal Covid. Ia dibolehkan dengan sistem berpusat yang berkesan dan juga kepercayaan tinggi orang ramai yang sedia ada terhadap pemerintah, dalam penjagaan kesihatan sistem, dalam perkhidmatan awam kita, dan dalam langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pemerintah.

“Semasa pandemik, kita bukan sahaja mengekalkan kepercayaan ini. Saya fikir adalah adil untuk mengatakan bahawa kepercayaan orang ramai terhadap langkah malah bertambah, kerana langkah dijelaskan dengan merujuk kepada sains dan rasionaliti,” kata Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >