Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat Transit Link, EZ-Link disatukan di bawah SimplyGo

Jun 15, 2023 | 07:32 PM



Khidmat layan pelanggan dan tambah nilai pengangkutan awam EZ-Link dan Transit Link kini akan disatukan di bawah jenama SimplyGo dalam usaha memberikan penumpang pengalaman perjalanan lebih lancar.

Langkah itu akan melibatkan kedua-dua khidmat pelanggan digital dan fizikal syarikat-syarikat tersebut; aplikasi tambah nilai Transit Link (TL) SimplyGO dan EZ-Link serta pusat perkhidmatan pelanggan Transit Link yang terletak di stesen MRT serta pusat pertukaran bas bagi tujuan berkait pembelian tiket dan konsesi antara lain, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis.

Pertama, aplikasi tambah nilai pengangkutan awam di bawah EZ-Link dan Transit Link akan disatukan di bawah satu jenama SimplyGo sebagai kemudahan menyeluruh bagi mengendali urus niaga transit di Singapura menjelang 2023.

Dalam kenyataannya, LTA berkata TL SimplyGO akan ditukar jenama kepada hanya SimplyGo sementara ciri-ciri aplikasi EZ-Link akan dipindahkan secara beransur ke aplikasi SimplyGo.

Aplikasi terkini itu akan menawarkan fungsi utama aplikasi EZ-Link termasuk fungsi baru dan yang ditambah baik.

Ini termasuk ciri menghalang urus niaga bagi kad yang sudah dilaporkan hilang secara serta merta dan pemulangan baki nilai kad itu.

Pengguna juga boleh melihat baki nilai kad EZ-Link, konsesi dan NETS FlashPay mereka dengan meletakkan kad di belakang telefon bimbit tanpa pendaftaran akaun dalam aplikasi itu.

Ia juga menawarkan ciri lebih mesra pengguna.

Sewaktu pemindahan ciri aplikasi EZ-Link itu kepada SimplyGo, mereka yang masih menggunakan aplikasi EZ-Link masih boleh berbuat demikian buat sementara waktu bagi beberapa fungsi seperti tambah nilai automatik, mengirim mata ganjaran, bayaran menerusi dompet elektronik, dan menambah nilai kad Ez-Link Motoring.

Pengguna tersebut akan diberitahu bila untuk menukar kepada aplikasi SimplyGo selepas pemindahan itu selesai, kata LTA.

Selain kemudahan digital, khidmat layan pelanggan Transit Link yang terletak di stesen MRT dan pusat pertukaran akan ditukar kepada Pejabat Tiket SimplyGO bagi khidmat berkait tiket dan Pusat Khidmat Tiket SimplyGo bagi khidmat penggantian kad konsesi.

Fungsi pusat perkhidmatan pelanggan tersebut adalah sama dan penumpang boleh terus merujuk kepada mereka untuk meminta bantuan berkait tambah nilai kad, pemulangan semula wang, urus niaga bukan transit, serta pembelian kad tambah nilai Nets Prepaid/EZ-Link Simply go kad konsesi mulai 15 Jun.

Kedua-dua penawar khidmat EZ-Link dan Transit Link telah mengumumkan penyepaduannya terdahulu pada Mac dan dijangka menyelesaikan gabungan itu di bawah SimplyGo Pte Ltd pada separuh kedua 2024.

SimplyGo Pte Ltd adalah sebuah anak syarikat dimiliki penuh oleh LTA.

Sejak Mac, kedua-dua syarikat itu telah bekerjasama untuk menyepadukan khidmat layan pelanggan fizikal dan digitalnya agar dapat menawarkan pengalaman urus niaga lebih mudah, kata LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >