Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kian ramai sedar tentang jagaan akhir hayat

Jul 14, 2023 | 06:05 PM



Lebih ramai orang kini sedar mengenai perkhidmatan penjagaan paliatif, atau penjagaan akhir hayat, hasil usaha pemerintah dan pertubuhan penjagaan kesihatan meningkatkan kesedaran.

Demikian menurut beberapa penyedia khidmat paliatif di sini, yang mendapati jumlah pesakit paliatif yang mendapatkan perkhidmatan mereka kian meningkat.

Namun, masih terdapat beberapa salah tanggapan dalam kalangan masyarakat tentang khidmat yang disediakan.

Salah faham seperti kos penjagaan yang tinggi dan ketagihan pada ubat yang digunakan, yang turut tersebar dalam masyarakat Melayu/Islam, boleh menjadi penghalang bagi mendapatkan khidmat penjagaan paliatif.

Justeru sedang pemerintah membuat pelarasan untuk menjadikan penjagaan itu lebih dimampui dan mudah diakses, pertubuhan yang menyediakan penjagaan paliatif di Singapura turut giat mengadakan perbincangan mengenai perancangan akhir hayat dengan pelbagai lapisan masyarakat.


Harapan pemerintah adalah untuk mengurangkan angka mereka yang menghabiskan hari-hari terakhir di katil hospital daripada 61 peratus kepada 51 peratus menjelang 2027.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >