Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kin Lian bimbang, dakwa kempen diserang

Aug 18, 2023 | 06:33 PM



Mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, 75 tahun, yang layak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2023, berkata beliau bimbang kerana mendakwa kempennya menjadi mangsa serangan berniat jahat, yang telah menjejas beliau serta keluarga dan rakan-rakannya.

Semasa bercakap kepada media sebelum lawatannya ke Pasar Kovan pada Jumaat, Encik Tan berkata beliau melihat beberapa orang menyerangnya secara jahat pada Khamis apabila beliau memuat naik video di laman webnya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan serangan itu dilakukan oleh penyerang yang diupah oleh orang lain.

“Apabila saya menyiarkan video semalam di laman web saya, saya terus melihat kira-kira 10 orang yang mengkritik dan menyerang saya secara jahat. Saya percaya ini adalah kerja “pasukan penyerang”.

“Saya meminta penyokong saya untuk bantu menyiasat siapa mereka ini, sama ada mereka telah melakukan ini secara konsisten, lebih penting lagi, sama ada mereka daripada pasukan calon lain,” kata Encik Tan.

Menurut Encik Tan, serangan itu dilakukan “satu demi satu dengan mesej yang sama, tidak berfakta”, dan memberi gambaran bahawa beliau akan “kehilangan deposit”.

Apabila ditanya oleh seorang wartawan jika calon lain yang mungkin terlibat di sebalik serangan itu, Encik Tan berkata “beliau tidak pasti”.

“Mereka kelihatan seperti dibayar untuk melakukannya. Saya harap saya tersilap kerana calon lain sangat berhormat, dan saya rasa mereka tidak melakukan perkara seperti ini,” tambahnya.

Sebelum pengumuman Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Jumaat, Encik Tan telah bercakap kepada media dan menyeru agar pengundi memberikan mandat yang kuat kepadanya agar beliau dapat “bekerjasama dengan pemerintah untuk membuat perubahan yang akan menjadikan kehidupan lebih baik untuk rakyat”.

“Jika anda memilih saya dengan mandat yang kuat, saya berharap dapat mempengaruhi pemerintah untuk mengubah beberapa dasar supaya kehidupan menjadi lebih baik untuk rakyat.

“Matlamat saya adalah untuk mengurangkan kos sara hidup, menjadikan perumahan mampu milik dan mewujudkan pekerjaan yang terjamin dan bergaji tinggi,” kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >