Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kin Lian dakwa beberapa pihak adakan kempen cemar namanya

Tanpa memberi bukti, Kin Lian dakwa editor media aliran utama, pertubuhan hak wanita dan jawatankuasa pilihan raya
Aug 22, 2023 | 10:54 AM



Bakal calon Pilihan Raya Presiden, Encik Tan Kin Lian, pada Hari Penamaan Calon, berkata beliau menjadi sasaran kempen untuk memburukkan namanya sejak beberapa hari lalu.

“Jelas bagi saya sekarang bahawa ini merupakan serangan daripada kumpulan yang ingin memburukkan nama saya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kenyataan media tersebut dikeluarkan dalam satu kiriman pos Facebook pagi Selasa.

Kiriman pos itu pada awalnya menyatakan parti politik dan ‘pesaing terbesar’ dalam Pilihan Raya Presiden turut terlibat. Namun, ia telah diterbitkan semula sekitar 12 tengah hari tanpa dakwaan tersebut.

Meskipun tetap tidak memberi sebarang nama atau bukti, Encik Tan meneruskan dakwaan “editor media aliran utama” dan pertubuhan hak wanita terilbat dalam percubaan memburukkan namanya.

Sebelum ini, video TikTok yang memaparkan pos media sosial mantan ketua eksekutif NTUC Income itu mengenai “wanita cantik” mulai tersebar.

Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) menyuarakan keprihatinannya pada Isnin mengenai penyertaan Encik Tan dalam Pilihan Raya Presiden akan datang memandangkan beliau mempunyai sejarah menghina wanita.

Kumpulan hak wanita itu telah mengeluarkan kenyataan berkaitan proses penilaian bagi calon presiden dan menekankan bahawa ia perlu mempertimbangkan kesan lebih luas terhadap masyarakat dan bukan hanya dari segi kelayakan kewangan atau pengurusan.

Dalam satu kiriman pos di media sosial pagi Selasa, Encik Tan berkata beliau menafikan tuntutan Aware bahawa beliau memburukkan wanita dalam pos media sosialnya.

Tambahnya, apa yang dilakukan Aware telah menyebabkan “ramai orang hilang rasa hormat” terhadap pertubuhan itu.

“Saya tidak memburukkan wanita kerana dalam keluarga saya ramai wanita,” kata Encik Tan dalam salah satu posnya.

Encik Tan menambah beliau kini sudah lebih 50 tahun berumah tangga dan “setia antara satu sama lain” selama tempoh itu.

“Tiada sedikit pun kecurangan atau skandal yang pernah dikaitkan dengan perkahwinan saya,” tambahnya.

Beliau turut mengundang orang ramai menilai sendiri jika pos tersebut “memburukkan wanita dalam apa cara sekalipun” dan menuduh pihak media membesar-besarkan perkara remeh.

Merujuk kepada satu kiriman media sosial sendiri, Encik Tan berkata pujian yang diberikan kepada seseorang yang cantik atau tampan, tidak memburukkan.

Beliau menyeru penyokongnya untuk “membalas pos yang berniat jahat itu”.

Katanya: “Sebagai alternatif, anda juga boleh memberitahu mereka dengan sopan bahawa kiriman pos Tan Kin Lian tidak serius. Untuk mengagumi rupa seseorang itu memang dilakukan secara semula jadi, baik wanita mahu pun lelaki, yang berusaha untuk kelihatan menarik. Mereka perlu diberi pujian.

“Saya memilih untuk memberi pujian kepada wanita dan membiarkan lelaki dipuji oleh jantina berbeza.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >