Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sijil kelayakan bukan tanda sokongan bagi pos media sosial Tan Kin Lian: PEC

Aug 22, 2023 | 10:58 AM



Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) telah menjelaskan bahawa ia tidak tahu akan pos media sosial calon presiden, Encik Tan Kin Lian, yang menggambarkan pertemuannya dengan “gadis cantik” di Singapura, terutamanya di bas dan Aperia Mall.

Memberikan sijil kelayakan kepada bekas ketua NTUC Income berusia 75 tahun itu bukan satu sokongan bagi pos media sosialnya, kata PEC pada malam Isnin, lapor akhbar The Business Times.

PEC sedang memberi respons kepada pertanyaan media setelah sebuah video TikTok, yang menampilkan beberapa tangkap layar pos Facebook di mana Encik Tan merujuk kepada “gadis cantik” tular.

Encik Tan sendiri menyentuh tentang pos itu pada Isnin, memberitahu wartawan bahawa hanya “minoriti amat kecil” yang mendapati pos sedemikian “tidak selesa”, dan “kebanyakan orang mendapati ia menyeronokkan.”




@sgprimememesters

Tan Kin Lian respond to comments about his Facebook posts on pretty girls. #presidentialelection #pe2023 #Singapore

♬ original sound - sgpmo - sgpmo



Pada Isnin, Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) menyuarakan keprihatinan mengenai penglibatan Encik Tan, menukil “sejarah menjadikan wanita bahan objek” beliau berdasarkan pos Facebook itu.

Aware juga berkata tentang “kebimbingan sistemik” dalam memberikan sijil kelayakan kepada orang sedemikian.

Ia “melambangkan bahawa pandangan dan sikap ini bukan sahaja boleh diterima, tetapi mungkin boleh dipersetujui untuk jawatan presiden berpotensi,” menurut kenyataannya.

Respons PEC menyatakan bahawa jawatankuasa itu tidak menyelidik pos media sosial lalu setiap pemohon sebelum mengeluarkan sijil kelayakan atau enggan memberikannya.

Sekiranya komen yang dibuat pemohon di media sosial atau media lain secara khusus mendapat perhatiannya sebelum sijil kelayakan dikeluarkan atau ditolak, PEC akan mempertimbangkannya dalam penilaian untuk kelayakan pemohon, jelasnya.

Namun, setelah PEC mengeluarkan sijil itu, ia tidak berhak – secara sah – untuk menyemak semula keputusannya yang lebih awal, untuk mengesahkan atau membatalkan sijil yang diberikan, katanya.

Bagaimanapun, ia berkata sebarang fakta tambahan mengenai seorang calon yang mendapat perhatian awam setelah sijil calon dikeluarkan, adalah untuk penilaian dan pertimbangan pengundi sebelum membuang undi.

Warga Singapura akan membuang undi dalam Pilihan Raya Presiden pada 1 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >