Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kisah pesakit, pengasuh beri inspirasi kepada ramai: Rahayu

May 22, 2023 | 07:31 PM



ANUGERAH Pesakit dan Pengasuh Inspirasi Kesihatan Singapura telah diberikan pada Isnin, dengan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, memberikan penghargaan kepada 36 individu yang menunjukkan keberanian dan ketabahan dalam menghadapi cabaran perubatan dan pengasuhan.

Majlis yang diadakan di Auditorium Ngee Ann Kongsi, Hospital Besar Singapura (SGH), mengiktiraf mereka yang memberi inspirasi melalui kebolehan mereka mengatasi cabaran perubatan, dan menawarkan pembelajaran bermakna kepada doktor, jururawat, profesional kesihatan bersekutu dan kakitangan jagaan kesihatan lain.

“Walaupun anda bergelut dengan diagnosis perubatan yang mengubah hidup dan harus menjalani rawatan yang sukar, ketidakpastian dan sekatan semasa pandemik Covid-19, atau menghidapi cabaran menyokong dan menjaga orang yang mereka sayangi, mereka tidak pernah berputus asa,’’ ujar Cik Rahayu.

Menurut Cik Rahayu, individu-individu ini telah memberi inspirasi kepada ramai orang, walaupun mereka bergelut dengan diagnosis perubatan yang mengubah hidup, rawatan yang sukar, dan cabaran pandemik Covid-19.

“Kisah keberanian, ketabahan dan kekuatan anda adalah inspirasi orang ramai, dan meneguhkan keyakinan kami untuk terus membuat perubahan dalam kehidupan pesakit dan keluarga mereka,” kata Cik Rahayu.

Cik Nur Aqilah Andrelina Mohammad Andisufian, 18 tahun, merupakan salah seorang penerima Anugerah Pengasuh Inspirasi. Sejak usia muda, dia telah menjaga ibunya, Cik Haslina Wannor, yang mengidap hipertensi arteri pulmonari, sejenis penyakit jantung yang jarang berlaku. Cik Aqilah mula mempelajari kemahiran penjagaan yang lebih maju, dan inspirasi ini telah mendorongnya untuk meneroka kerjaya dalam bidang kejururawatan.

“Anak tunggal” ini menggambarkan penghargaannya sebagai satu bentuk penghormatan kepada ibunya. “Ibu saya sudah berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk membesarkan saya, jadi ini adalah masa saya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak yang solehah kepada ibu saya,” jelas Cik Aqilah.

Menurut Cik Aqilah, beliau mula menjaga ibunya dengan teliti ketika beliau memasuki sekolah menengah.

“Ketika tempoh itu, keadaan ibu saya semakin teruk, jadi ibu saya mula untuk melibatkan saya dalam hal penjagaannya di rumah.

“Ini termasuk memberinya ubat-ubat yang tertentu melalui titisan intravena (IV drip),” kata anak tunggal itu.


Lama-kelamaan, anak muda itu mula untuk mempelajari kemahiran penjagaan yang lebih maju.

Katanya, pengalaman ini juga memberinya inspirasi untuk meneroka kerjaya dalam bidang kejururawatan, jelas pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Timur itu.

Menerima pengiktirafan tersebut, Cik Aqilah melahirkan perasaan rendah hati.

“Saya adalah satu-satunya anak ibu saya.

“Ibu saya sudah berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk membesarkan saya, jadi ini adalah masa saya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak yang solehah kepada ibu saya.

“Apa-apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk memberi ibu saya sokongan sebanyak mungkin dan memastikan beliau selesa dan dapat teruskan kehidupannya seperti biasa,” jelas anak muda itu.

Pengiktirafan dan anugerah tersebut diharapkan dapat memberikan inspirasi dan semangat kepada individu-individu lain yang sedang berhadapan dengan cabaran perubatan dan pengasuhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >