Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Klinik gigi percuma untuk golongan susah dibuka di Chai Chee

Jul 10, 2023 | 07:49 PM



Badan amal terdaftar Q & M Free Dental Clinic Limited, telah membuka klinik pergigian percumanya yang pertama di Chai Chee yang dikhususkan untuk memberi rawatan pergigian penting kepada keluarga serta individu kurang bernasib baik.

Dinamakan Q & M Free Dental Clinic, klinik tersebut terdiri daripada lebih 50 doktor gigi relawan dari Q & M Dental Group, dan dijangka memberi manfaat kepada sehingga 1,400 pesakit setiap tahun dalam fasa pertamanya.

Pesakit yang layak akan dirujuk oleh pertubuhan akar umbi (GRO) di Divisyen Kembangan-Chai Chee dan akan menerima konsultasi dan rawatan pergigian percuma yang penting untuk kesihatan mulut.

Ini termasuk menyisik dan menggilap, menampal dan mencabut gigi.

Majlis pembukaan di 26 Chai Chee Road itu dihadiri Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung dan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, yang juga penasihat kepada GRO GRC Marine Parade (Kembangan-Chai Chee).

Encik Tan berkata pencegahan dalam penjagaan kesihatan merupakan tunggak penting bagi inisiatif sosial Kembangan-Chai Chee, selain pendidikan dan keselamatan makanan.

“Walaupun kami telah mencatat kemajuan dengan pemeriksaan kesihatan, vaksinasi dan pengurusan kesihatan umum, kami sedar bahawa kesihatan mulut sentiasa dilepas pandang, lebih-lebih lagi buat penduduk kami yang kurang bernasib baik,” ujarnya.

Berbesar hati atas kerjasama Q & M Dental Group, beliau berkata daya usaha itu sejajar dengan program pencegahan penjagaan kesihatan negara, iaitu SG Lebih Sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan bagi Q & M Dental Group, Dr Ng Chin Siau, berkata:

“Dengan sokongan yang berterusan daripada penderma yang pemurah dan kakitangan relawan, kami bermatlamat meningkatkan kapasiti sekarang untuk berkhidmat kepada sehingga 5,000 pesakit dalam setahun bagi operasi fasa seterusnya klinik percuma ini, sejajar dengan matlamat untuk menjadikan penjagaan pergigian sesuatu yang dapat diakses semua orang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >