Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kok Song mahu jadi Presiden berfikiran bebas

Jul 27, 2023 | 07:45 PM



Encik Ng Kok Song, mantan ketua pelaburan dana kekayaan negara, berkata beliau akan menjadi Presiden yang berfikiran bebas dan pengalamannya dalam perkhidmatan awam memberinya kelebihan jika dipilih menggalas jawatan tersebut.

Beliau, 75 tahun, berkata demikian sebagai respons kepada hujah mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam.

Encik Tharman, semasa membentangkan wawasan jika dipilih menjadi Presiden pada Rabu, menyarankan agar rakyat Singapura tidak menilai seseorang calon itu berdasarkan kaitan silam bersama sebarang parti politik dan supaya menilai calon tersebut mengikut rekod prestasi mereka sendiri.

Beliau telah mengundur diri daripada jawatan sebagai Menteri Kanan dan meletak jawatan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 7 Julai, selepas beliau melahirkan hasrat bertanding di Pilihan Raya Presiden.

Encik Ng dan usahawan Encik George Goh, sejak melahirkan hasrat serupa, telah menekankan mereka tidak pernah berhubung kait dengan parti pemerintah.

Semasa bertemu media di Pasar dan Pusat Penjaja Geylang Serai pada Khamis, Encik Ng berkata:

“Diri kita pada masa ini terkait dengan diri kita masa lalu. Kita tidak boleh memisahkan diri kita masa ini dari masa lalu dengan begitu mudah sekali.







“Dahulu, saya bersama perkhidmatan awam selama 45 tahun. Encik Tharman berkhidmat selama bertahun-tahun dalam kepimpinan politik. Buatlah kesimpulan anda sendiri.

Encik Ng, yang pernah berkhidmat di Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC), berkata warga Singapura mahukan pemerintahan era baru iaitu yang memberikan keseimbangan antara jawatan presiden dengan pemerintah.

“Saya rasa warga Singapura mahu melihat keseimbangan ini dalam era baru, di mana presiden tidak terbabit dalam politik, di mana presiden tidak mempunyai kaitan politik,” kata beliau lagi.

Memberi respons kepada dakwaan beliau bertanding semata-mata untuk ‘memecah’ undi, Encik Ng berkata beliau tampilkan diri untuk memastikan terdapat pertandingan yang baik untuk jawatan tertinggi di Singapura, sesuatu yang dimahukan sendiri oleh Encik Tharman.

“Saya tampilkan diri supaya ada pilihan raya, supaya rakyat Singapura berpeluang memilih Presiden. Saya tampilkan diri supaya ada pertandingan yang bagus jika saya disahkan layak,” kata Encik Ng.

Dalam pada itu, semasa sidang media pada Rabu, Encik Tharman telah mengumumkan senarai pencadang, penyokong dan lapan orang yang bersetuju untuk beliau bertanding sebagai Presiden. Ketika ditanya, Encik Ng berkata bahawa beliau masih membentuk pasukannya dan akan mengumumkan senarai nama-nama itu apabila sudah bersedia.







Encik Ng berkata beliau yakin menang jika pertandingan dua penjuru berlaku di Pilihan Raya Presiden.

“Hanya Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) yang boleh memutuskan sama ada pertandingan ini adalah dua penjuru atau tiga penjuru.

“Saya berharap akan diberikan sijil kelayakan untuk pilihan raya ini. Apabila saya disahkan layak untuk pilihan raya dan jika berlaku pertandingan dua penjuru, saya rasa undiannya akan berpecah kepada 51 peratus dan 49 peratus, berpihak kepada saya,” kata Encik Ng.

Semasa berada sekitar dua jam di pasar Geylang Serai, Encik Ng dilihat berbual-bual dengan pegerai dan pelanggan.

Beliau turut menerima sebungkus epok-epok sardin daripada seorang pegerai, Cik Diyana Othman, 62 tahun.

Pemilik gerai minuman Cik Suratiah Mohamed, 56 tahun, berkata: “Mudah-mudahan, sesiapa yang menang akan menjalankan tugas dengan penuh amanah.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >