Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pengalaman dalam politik satu kelebihan, kebebasan pemikiran juga penting: Tharman

Jul 26, 2023 | 09:13 PM



Mempunyai pengalaman dalam politik selama lebih 20 tahun merupakan kelebihan, bukan kelemahan, dalam menyandang jawatan tertinggi negara, kata mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam.

“Saya mempunyai kelebihan kerana berkecimpung dalam politik, menghabiskan 22 tahun mendekati orang ramai, membentuk hubungan dengan mereka, memahami cita-cita mereka, berkongsi suka-duka mereka, menjadikan kehidupan mereka lebih baik dan menyatukan orang ramai.

“Saya mempunyai kelebihan besar disebabkan pengalaman politik yang saya miliki kerana pernah melakarkan dasar, saya faham kerumitan yang dialami pemerintah Singapura dan pernah memainkan peranan antarabangsa bagi Singapura,” kata beliau.

Encik Tharman, yang telah mengumumkan hasrat bertanding dalam Pilihan Raya Presiden, berkata demikian semasa sidang media pada Rabu.

Beliau menambah bahawa beliau tidak pernah menyesal menyertai Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan berkhidmat sebagai ahli politik selama lebih dua dekad.

Encik Tharman berkata adalah bahaya jika orang ramai membezakan calon berdasarkan kaitan masa lalu mereka, sama ada mereka merupakan bekas anggota parti politik ataupun tidak.

Apa yang lebih penting adalah kebebasan pemikiran dan sifat mereka, katanya.

Sepanjang sidang media di York Hotel itu, Encik Tharman, berkali-kali menekankan kebebasan pemikirannya – sifat beliau yang cukup diketahui mereka yang pernah berinteraksi dengan beliau di dalam dan luar politik.

Malah, Encik Mohammad Alami Musa, mantan presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang merupakan penyokong Encik Tharman berkata:

“Encik Tharman menunjukkan kebebasan dari segi pemikiran. Saya menganggapnya sebagai seorang pemimpin pemikir, pemikir dan intelektual awam, dan ciri orang yang sedemikian ialah beliau mempunyai kebebasan pemikiran.”

Pencadangnya pula, Encik Thomas Chua yang merupakan presiden Persekutuan Persatuan Puak Cina Singapura dan bekas Anggota Parlimen Dilantik, berkata Encik Tharman merupakan individu yang mempunyai “integriti moral dan kompas intelektual”.

Selain Encik Alami dan Encik Chua, Encik Tharman juga telah memperkenalkan lapan pemberi sokongan (assentor) bagi Pilihan Raya Presiden akan datang.

Mereka adalah: Encik Hassan Ahmad, Penasihat Khas, Humanity Matters dan Bekas Ketua Eksekutif Mercy Relief; Encik Ho Kwon Ping, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Banyan Tree Group; Cik Kamsinah Sadar, Pengurus Besar, Tasek Jurong dan Bekas Pengarah Eksekutif, Pertapis; Encik Kim Whye Kee, Pengasas bersama, Beacon of Life dan Beacon of Life Academy dan bekas banduan; Cik Mary Liew, Presiden, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC); Encik Lim Siong Guan, Pengerusi Pengasas Honor (Singapura) dan bekas ketua Perkhidmatan Awam Singapura; Encik Royston Tan, pengarah filem; dan Profesor Veera Sekaran, Profesor dalam Amalan, Universiti Nasional Singapura (NUS).

Peraturan pilihan raya memerlukan setiap kertas penamaan calon presiden ditandatangani oleh pencadang, penyokong dan sekurang-kurangnya empat orang lain yang merupakan pengundi berdaftar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >