Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konflik Israel-Palestin ‘sangat rumit’; keamanan, perpaduan sosial S’pura perlu dilindungi: Masagos

Nov 06, 2023 | 06:50 PM



Konflik Israel-Hamas adalah rumit dengan pelbagai naratif berbeza yang dikongsi.

Namun, dalam memberi respons terhadap konflik tersebut, masyarakat harus berhati-hati demi melindungi keselamatan, keamanan dan perpaduan sosial di Singapura, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Menulis di Facebook, Encik Masagos berkata beliau faham ramai dalam kalangan masyarakat turut bersedih dengan nasib orang awam yang menjadi mangsa konflik berterusan itu.

Ramai mereka yang tidak bersalah terkorban, termasuk warga tua dan kanak-kanak, dan ini mencetuskan rasa hiba dan simpati dalam kalangan warga Singapura.

“Konflik Israel-Hamas sangat rumit, dengan banyak idea dan naratif yang bersaingan dan berlarutan generasi ke generasi dan kawasan ke kawasan.

“Namun, dalam respons kita terhadap konflik ini, kita juga harus sangat berhati-hati demi melindungi keselamatan, keamanan dan perpaduan sosial kita di Singapura,” tulis Encik Masagos.

Beliau turut melahirkan kesyukuran kerana para pemimpin agama di sini tenang dan berjaya mengekalkan kepercayaan serta perpaduan di antara masyarakat berbilang kaum di tengah-tengah ketegangan ini.

Memberi contoh, Encik Masagos berkata Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir, telah mengutus surat kepada Ketua Rabbi Mordechai Abergel mengharapkan kedamaian di Timur Tengah dengan menekankan keamanan dan nilai perpaduan antara masyarakat Islam dan Yahudi di Singapura.

“Ini menunjukkan kepimpinan agama yang ketara, yang amat diperlukan dalam dunia yang semakin bergelora dan dipenuhi syak wasangka serta keretakan,” tulis Encik Masagos.

“Saya bersyukur masyarakat kita menghadapi isu ini dengan tenang dan matang, dan para pemimpin masyarakat juga akur bahawa isu ini tidak patut melemahkan perpaduan masyarakat kita.

“Ramai yang menyalurkan perasaan hiba mereka secara aman dan melalui wadah-wadah yang membina. Sumbangan bagi usaha-usaha kemanusiaan juga amat menggalakkan, tanpa mengira latar belakang, bangsa, dan agama yang berbeza.

“Ada juga yang membuat sumbangan secara rohani melalui solat hajat dan berdoa. Terdapat lebih 50,000 jemaah mengerjakan solat hajat di masjid-masjid kita dan ramai lagi di rumah masing-masing.

“Marilah kita sama-sama menghidupkan nilai-nilai rahmah, dan saling menyeru kepada keihsanan dan kasih sayang kepada semua, sejajar dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam,” tambah Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >