Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konflik Israel-Palestin peringatan kepentingan nasional S’pura boleh terjejas: Vivian

Nov 06, 2023 | 07:00 PM



Konflik Israel-Hamas adalah peringatan untuk Singapura bahawa ia mempunyai kepentingan nasional yang boleh terjejas, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Beliau berkata demikian di Parlimen pada Isnin ketika membentangkan prinsip yang menyokong pendirian pemerintah mengenai konflik itu, yang beliau sifatkan sebagai “tragedi yang sedang berlaku”.

Beliau juga menekankan bahawa konflik Israel-Hamas bukanlah satu konflik agama, bahkan peristiwa politik luar tidak boleh dibenarkan memecahbelahkan warga Singapura.

Lebih 30 soalan dan satu usulan mengenai peperangan itu difailkan di Dewan.

Usulan mengenai konflik itu difailkan oleh Encik Vikram Nair (GRC Sembawang); Encik Alex Yam (Marsiling-Yew Tee); dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (Choa Chu Kang), bertujuan mengucapkan takziah kepada mangsa yang tidak bersalah dan korban awam dalam perang itu, serta menyokong penghantaran bantuan kemanusiaan segera.

Ia juga mengutuk mereka yang bertanggungjawab atas tindakan pengganas dan pelanggaran undang-undang antarabangsa, dan menyeru semua pihak memastikan keselamatan orang awam, termasuk pembebasan semua tebusan.

Usulan itu juga mengulangi komitmen lama Singapura terhadap penyelesaian dua negara yang dirundingkan, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan dan menggesa semua warga Singapura untuk memelihara dan menegakkan keamanan dan keharmonian berbilang kaum dan agama.

Dr Balakrishnan menyokong usulan itu, sambil berkata: “Episod ini juga adalah peringatan kepada semua Singapura bahawa kita mempunyai kepentingan negara.

“Kita mesti menolak keganasan dalam semua bentuknya. Tiada alasan, tiada jika, tiada tetapi, tiada kelebihan politik jangka pendek. Tolak keganasan. Jika diserang, kita semua di sini mesti memberi pemerintah hari ini keupayaan menggunakan hak mempertahankan diri.

“Tetapi, walaupun ia berbuat demikian, kita akan mengharapkan pemerintah hari ini menegakkan undang-undang antarabangsa. Dan sebagai warga Singapura, kita akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan dan perlindungan kepada semua orang awam.

“Kita patut menyokong penyelesaian pertikaian secara aman. Dan kita mesti sendiri memupuk dan melindungi perpaduan dan keharmonian berharga kita.” 

Pada Oktober, Singapura menyokong resolusi semasa sesi tergempar Perhimpunan Agung PBB untuk melindungi orang awam dan menegakkan kewajipan undang-undang dan kemanusiaan di tengah-tengah konflik di Semenanjung Gaza.

Dr Balakrishnan berkata Singapura terus menegakkan pendirian “lama dan konsisten” untuk penyelesaian dua negara yang dirundingkan, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Ini adalah satu-satunya pilihan yang berdaya maju untuk penyelesaian “komprehensif, adil dan tahan lama” kepada konflik Israel-Palestin, katanya lagi.

Beliau melahirkan harapan agar dari masa ke semasa, kededua pihak mengumpul kemahuan politik ke arah “membentuk penyelesaian dua negara suatu realiti”.

“Mereka memerlukan kepimpinan politik dengan keyakinan, keberanian dan modal politik, yang mereka sanggup menggunakan untuk membentuk penyelesaian dua negara suatu realiti.

“Dan jika mereka tidak melakukannya, maka mereka akan ditakdirkan berada dalam kitaran keganasan yang berulang,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Dr Balakrishnan berkata peristiwa politik luar tidak boleh dibiarkan memecahbelahkan rakyat Singapura.

“Keharmonian agama dan kaum kita sangat berharga. Kita tidak boleh membenarkan apa-apa untuk memecahkannya atau memecahbelahkan masyarakat kita.

“Dan amat menggembirakan bahawa begitu ramai dalam kalangan pemimpin agama dan masyarakat kita benar-benar berpegang pada pandangan ini, berkata sedemikian dan bertindak atas dasar ini.”

Konflik Israel-Hamas bukan konflik agama dan ini patut ditekankan, tambah Dr Balakrishnan.

“Pada terasnya, konflik sentiasa mengenai tanah jajahan, penentuan nasib sendiri, identiti dan dirumitkan oleh politik domestik intra-Palestin dan intra-Israel... Ia menyediakan tanah yang subur bagi pelampau di kedua-dua pihak untuk menyalahgunakan agama untuk meneruskan matlamat politik mereka.

“Dan kita tidak boleh jatuh dalam perangkap itu,” ujar beliau.

Singapura sokong Palestin di peringkat antarabangsa

  • 1967: Singapura undi sokong resolusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) yang menyeru Israel batal semua langkah untuk tukar status Baitulmakdis

Singapura kritik Israel kerana aktiviti penempatan dan serangan terhadap warga Palestin

  • 1997: Singapura kutuk pembinaan Penempatan Har Homa
  • 2002: Singapura kutuk serangan tentera Israel ke atas warga Palestin semasa intifada kedua
  • 2003: Tuntut Israel henti pembinaan Penghalang Tebing Barat
  • 2017: Singapura undi sokong resolusi UNGA yang isytihar tindakan terbatal dan tidak sah yang bertujuan ubah status, watak atau komposisi demografi Baitulmakdis



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >