Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konflik Israel-Palestin: Tiada alternatif bagi huraian dua negara

Nov 09, 2023 | 04:35 PM



Penyelesaian dua negara dengan Israel dan Palestin hidup bersebelahan adalah satu-satunya huraian jangka panjang bagi konflik Israel-Palestin yang berterusan di Timur Tengah, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Bercakap semasa sebuah dialog bersama Ketua Editor Bloomberg News, Encik John Micklethwait, semasa Forum Ekonomi Baru Bloomberg pada Rabu, Encik Lee maklum bahawa penyelesaian sedemikian sangat sukar dan “kelihatan jauh melepasi ufuk”.


“Tetapi alternatif kepada penyelesaian dua negara ialah penyelesaian satu negara. Ini bermakna satu pihak atau pihak yang satu lagi dikalahkan. Itu sukar dibayangkan. Oleh itu, jika anda tidak dapat berusaha ke arah penyelesaian dua negara, anda akan (terperangkap) dalam kitaran kemusnahan bersama selama bergenerasi akan datang,” kata PM Lee, lapor The Straits Times.


Encik Lee mengulangi pendirian Singapura mengenai konflik itu, dengan menyatakan ia mengambil kira kepentingan negara ini dan sentimen rakyatnya.

Beliau menambah bahawa pendirian Singapura ditetapkan atas beberapa prinsip, iaitu: sempadan negara tidak boleh dilanggar, dan negara mempunyai hak mempertahankan diri. Di samping itu, pembunuhan orang awam yang tidak bersalah adalah bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Encik Lee menyebut mengenai serangan Hamas pada 7 Oktober, yang membunuh 1,400 orang di Israel dan tindakan kumpulan itu menculik lebih 240 tebusan, sebagai bukan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa sahaja, malah adalah satu “serangan pengganas dahsyat pada skala besar”.

“Kami memahami sepenuhnya perasaan rakyat Israel mengenainya, dan mengapa mereka bertindak balas dengan cara yang mereka lakukan. Tetapi apa yang berlaku sejak itu di Gaza, akibat daripada operasi Israel, adalah satu tragedi kemanusiaan yang besar,” kata Encik Lee, sambil menyatakan bahawa angka kematian meningkat setiap hari.

Awal minggu ini, jumlah kematian akibat serangan Israel di Gaza melebihi 10,000, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Encik Lee berkata: “Semua di seluruh dunia melihat (peristiwa) ini dengan rasa kecewa, dan berkata ia harus dihentikan. Walau apa pun yang betul dan salah, anda mesti beri perhatian pada pertimbangan kemanusiaan.”

Beliau menambah bahawa adalah penting untuk mengakui serangan kejam pada 7 Oktober dan perkembangan menyedihkan yang sedang berlaku di Gaza kini.

“Kita perlu menggesa (pemerintah) Israel dan semua yang lain supaya mematuhi lumrah antarabangsa, dan bertimbang rasa terhadap orang awam yang tidak bersalah,” kata Encik Lee.

Beliau juga berkata bahawa pengganasan adalah ancaman kepada Singapura. Memberi contoh, beliau menyatakan ada individu yang menjadi radikal secara sendiri dan ditahan di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >