Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konsert ChildAid 2023 anjuran ST, BT jaya kumpul lebih $2j

Dec 04, 2023 | 09:30 PM



Lebih $2 juta telah berjaya dikumpulkan menerusi acara ChildAid ke-19, konsert amal tahunan anjuran The Straits Times (ST) dan The Business Times (BT) yang diadakan pada 4 Disember.

ChildAid bertujuan mengumpul dana untuk Dana Wang Saku Pelajar ST (STSPMF) dan Dana Seniman Muda BT (BTBAF), yang membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dengan memberi mereka wang bulanan bagi perbelanjaan sekolah, termasuk makanan dan tambang pengangkutan.


Majlis itu dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, dan sekitar 230 tetamu termasuk Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan; Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media, Cik Teo Lay Lim; Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil, Encik Wong Wei Kong; Editor ST, Encik Jaime Ho; dan Editor BT, Cik Chen Huifen, .

Bertemakan ‘Mesra’ , konsert itu diadakan di Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCC) dan menampilkan gabungan unik persembahan dan pengalaman menjamu selera.

Konsert itu menampilkan bakat muda berusia enam hingga 19 tahun, menghiburkan tetamu dengan persembahan termasuk lagu klasik oleh P. Ramlee, ‘Getaran Jiwa’, serta sesi interaktif bersama tetamu.

ChildAid menerima tajaan murah hati daripada organisasi seperti UOB, Citi Singapore, dan Encik Mohamed Abdul Jaleel, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MES Group, syarikat penyelesaian hartanah dan logistik.

Ketua Pengarang Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil dan Pengerusi BT BAF, Encik Wong Wei Kong, berkata: “Sejak 18 tahun lalu, ChildAid telah dipentaskan sebagai konsert yang menampilkan anak muda berbakat dalam bidang seni untuk mengumpul wang untuk dua badan amal.

“”Bagi edisi ke-19 tahun ini, kami telah memutuskan untuk mencipta pengalaman yang lebih menarik — melalui pertunjukan teater makan malam muzikal yang menampilkan pilihan menu makanan gabungan Asia.”

Orang ramai boleh menonton konsert itu di saluran YouTube ST sehingga awal Mac 2024.

Mereka yang berminat untuk menderma kepada ChildAid boleh melayari www.giving.sg/trcl/childaid2023 atau menghantar e-mel ke emailus@spmf.org.sg.

Korporat yang ingin menyumbang boleh menghantar e-mel ke emailus@spmf.org.sg atau membuat cek dibayar kepada “ChildAid”, dan menghantarnya ke STSPMF, 1000 Toa Payoh North, News Centre, Singapura 318994 .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >