Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KTPH tuntut $5.7j daripada pembeli barangan curi

Oct 24, 2023 | 06:35 PM



Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) telah mengambil langkah susulan untuk mendapatkan semula barangan daripada pihak ketiga yang telah membeli barangan yang didakwa dicuri dari hospital itu oleh salah seorang bekas pekerjanya.

KTPH mendakwa pembeli, Cantley Lifecare, dan pengarahnya, Hoe Yong Zhi dan Soh Tian Hwee, telah menerima kira-kira $5.7 juta “barangan dicuri”, termasuk susu tepung, sepanjang tempoh lapan tahun.

Menurut laporan The Straits Times (ST), Hoe telah menjalankan perniagaan sebagai pemilik tunggal untuk satu tempoh di bawah nama Seniorcare.


Dalam kenyataan tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada Ogos, hospital itu menuduh ketiga-tiga defendan memberi rasuah kepada bekas eksekutif runcit kanan KTPH, Choo Tiong Hian, lantas mendorongnya untuk membekalkan barangan hospital kepada mereka.

Defendan didakwa telah membayar rasuah berjumlah $142,650, atau kira-kira 3 peratus daripada $4.76 juta daripada jumlah harga kos “barang curi” yang mereka terima, kepada Choo.

Bayaran untuk barangan tersebut dibuat kepada Choo dan bukannya kepada hospital.

Oleh sebab itu, KTPH menanggung kerugian sekitar $5.7 juta kerana harga runcit bagi barangan tersebut sekurang-kurangnya 20 peratus lebih tinggi daripada harga kos.

Jika defendan membeli barangan daripada hospital menggunakan prosedur jualan biasa melalui kedai fizikal atau laman e-dagang, mereka akan bayar harga runcit penuh atau sekurang-kurangnya 20 peratus lebih daripada harga kos barangan itu, jelas kenyataan tuntutan.

Dalam jawapan pembelaan yang difailkan pada 10 Oktober, pihak defendan, yang diwakili peguam Wong Thai Yong dari Wong Thai Yong LLC, menafikan sebarang pakatan sulit dengan Choo.

Defendan menegaskan ia membayar Choo komisen jualan untuk membantu mereka mendapatkan barangan secara terus daripada pembekal – pembekal sama yang Choo berurusan sewaktu beliau menjawat pekerjaan di KTPH.

Defendan mendakwa mereka tidak tahu bahawa barangan itu dicuri dan berkata barangan itu kadangkala diambil dari kedai runcit dan bukan dari bilik stor, seperti yang didakwa hospital.

Dakwaan mengenai kecurian itu terbongkar selepas orang awam memaklumkan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) pada Jun 2022 tentang aktiviti mencurigakan.

Ia melibatkan penjualan susu di pasaran dalam talian Shopee, dengan stok memaparkan label alamat Hospital Masyarakat Yishun (YCH).

Pada September 2022, KTPH menyaman Choo, yang telah bekerja di hospital itu dari Februari 2008 sehingga beliau dipecat pada Jun 2022.

Hospital itu telah diberikan penghakiman ingkar pada November 2022 sebanyak $5.6 juta berserta faedah terhadap Choo kerana beliau melanggar tugas kontrak dan/atau fidusiarinya.

Siasatan polis terhadap Choo masih berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >