Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga remaja ditangkap, disyaki curi motosikal di Pasir Ris

Sep 17, 2023 | 03:17 PM



Tiga remaja berusia 17 tahun telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam kes mencuri motosikal.

Seorang daripada mereka akan didakwa di mahkamah pada Isnin atas tuduhan mencuri kenderaan bermotor. Kesalahan itu diiringi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Siasatn polis ke atas dua lagi remaja sedang dijalankan.

Dalam kenyataan pada Ahad, polis berkata mereka diberitahu pada Jumaat satu motosikal telah dicuri dari tempat meletak kereta di Pasir Ris Street 12.

Polis mengenal pasti tiga remaja itu selepas menjalankan siasatan menggunakan kamera polis dan kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan menangkap mereka pada hari yang sama.

Motosikal dan topi keledar yang dicuri telah ditemui.

Polis menasihatkan pemilik motosikal supaya mengambil langkah berjaga-jaga demikian:

  • Letak motosikal mereka di kawasan yang diterang
  • Pasang amaran cegah pencuri di kenderaan
  • Gunakan sarung motosikal kanvas dan ikat kededua hujungnya
  • Pasang alat kunci motor tambahan, seperti mangga brek cakera
  • Tarik keluar kunci dan kunci motosikal setiap kali meninggalkan kenderaan itu
  • Jangan simpan kunci dalam peti motosikal



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >