Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kuda terlepas di BKE

Jul 09, 2023 | 09:05 PM



Dengan penutupan balapan lumba kuda Singapore Turf Club yang akan berkuatkuasa, beberapa jurulatih kuda lumba terpaksa mencari pekerjaan baru. Dalam keadaan sebegini, kuda juga agaknya ‘risau’ sebab tiada tempat berteduh sehinggakan seekor kuda dikesan terlepas dan melarikan diri untuk mencari tempat tinggal baru.

Kuda coklat dengan garis putih di muka dan pelana di belakangnya dilihat dalam video yang tular pada Sabtu. Ia menyusuri lorong-lorong dan menghentikan lalulintas di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) dan pada satu ketika membelok menghadap kereta dari arah depan lantas memaksa pemandu kereta itu untuk berhenti.

Jurucakap Singapore Turf Club berkata: “Kami sedar bahawa seekor kuda milik Bukit Timah Saddle Club terlepas dari kandangnya dan melintasi pula jalan raya sebentar tadi. Ia telah dikembalikan dengan selamat ke kandangnya.”

Akhbar The Straits Times telah menghubungi Bukit Timah Saddle Club yang enggan mengulas.

Selepas 72 tahun bertempat di 51 Fairways Drive, sekolah menunggang Bukit Timah Saddle Club telah berpindah ke kawasan baru di Singapore Turf Club sekitar Kranji pada Februari untuk memberi laluan kepada laluan MRT Cross Island. Ia menempatkan 78 ekor kuda.


Dalam satu lagi video yang tersebar dalam talian, kuda itu kelihatan selamat dibawa keluar dari jalan berhampiran susur keluar ke arah Turf Club Avenue oleh seorang pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Terdapat beberapa kejadian kuda berkeliaran di jalan raya di Singapura.

Pada Ogos 2021, seekor kuda menghentikan lalulintas di Vanda Link dengan berlari pada kadar yang santai di hadapan berbilang kenderaan.

Pada April 2020, seekor kuda betina putih bernama Cocorita terlepas di Eng Neo Avenue dan ditemui berlari di sebelah kereta selama kira-kira 20 minit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >