Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tapak S’pore Turf Club boleh tempatkan flat, rumah privet

Jun 05, 2023 | 08:21 PM



TAPAK balapan lumba kuda Singapore Turf Club (STC) di Kranji, yang akan ditutup menjelang Mac 2027, meliputi kawasan luas rata sekitar 120 hektar yang bersamaan 200 padang bola sepak dan sesuai digunakan untuk tujuan perumahan atau pelbagai kegunaan lain.

Ia boleh digunakan untuk membangunkan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), perumahan privet, atau bagi tujuan lain seperti untuk riadah, sukan, makanan dan minuman (F&B) atau riadah.

Demikian pandangan beberapa pengamat hartanah yang dihubungi Berita Harian selepas pengumuman pada Isnin bahawa tanah yang diduduki STC di Kranji akan dipulangkan kepada pemerintah menjelang Mac 2027 bagi memberi laluan kepada perumahan dan pembangunan lain di kawasan itu.

Melihat kepada kegunaan tanah kini di kawasan sekeliling, Pegawai Eksekutif Utama ERA Realty, Encik Eugene Lim, berkata bahagian timur dan barat tapak itu boleh digunakan untuk tujuan perumahan sebagai lanjutan kepada tapak perumahan sedia ada.

“Di sebelah timur, diapit oleh Ekspreswe Bukit Timah (BKE), tanah itu boleh diperuntukkan untuk flat HDB. Terdapat kelompok flat HDB sedia ada di Woodlands Street 41 di seberang BKE.

“Di bahagian barat di sepanjang Turf Club Avenue, kami menjangkakan tanah itu boleh diketepikan untuk kondominium bertingkat rendah atau plot berhalaman kerana sudah ada hartanah berhalaman sedia ada di kawasan Jalan Kasau,” kata Encik Lim.

Berkongsi pengamatannya, Ketua Pegawai Eksekutif PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, berkata langkah pemerintah itu mencerminkan kebolehsuaian dalam pendekatan pemerintah kepada pengurusan penggunaan tanah di Singapura.

“Kami percaya tapak besar seluas 120 hektar berhampiran stesen MRT Kranji itu sudah pasti akan menambah bilangan unit kediaman yang cukup besar (perumahan awam dan privet), ruang awam, kawasan hijau, tawaran komersial dan kegunaan lain ke bahagian Utara Singapura.

“Berdasarkan keluasan tanah tapak itu, kami menganggarkan bahawa ia mungkin boleh memuatkan lebih daripada 30,000 rumah baru walaupun jumlah sebenar pastinya berbeza-beza bergantung kepada rancangan pemerintah untuk kawasan tersebut,” kata Encik Ismail.

Ketua pegawai penyelidikan portal hartanah Mogul.sg, Encik Nicholas Mak, berkata tapak tanah itu agak besar, dua kali saiz tapak perumahan Bidadari, dan boleh menempatkan banyak flat HDB.

Lokasinya bagaimanapun agak terpencil namun mujur ada beberapa kemudahan berdekatan, seperti stesen MRT dan bandar Woodlands, yang dapat dimanfaatkan sekiranya kawasan itu dibangunkan untuk perumahan, katanya.

“Jika perumahan awam dibangunkan, beberapa kemudahan lain seperti pusat makanan, pusat beli-belah dan sekolah juga perlu turut didirikan. Ada juga tanah kosong di bahagian selatan tapak STC yang dipisahkan oleh Turf Club Avenue. Mungkin jalan itu akan dilencongkan supaya kedua-dua tapak tanah itu dapat digabungkan,” kata Encik Mak.

Pada Isnin, pemeirntah turut mengumumkan bahawa kakitangan STC akan diberhentikan secara berperingkat mulai Oktober 2024 dan akan menerima sokongan dalam tempoh peralihan itu dalam bentuk pakej pemberhentian pekerja, kaunseling, bantuan penempatan pekerjaan, bimbingan kerjaya peribadi dan kursus latihan kemahiran.

Setiausaha agung Kesatuan Pekerja Buruh dan Perdagangan Singapura (SMMWU) yang menjaga kebajikan kakitangan STC, Encik Andy Lim, dalam kenyataannya pada Isnin berkata pihaknya akan memastikan peralihan yang lancar sambil melindungi hak pekerja.

“Mengenai kedudukan SMMWU, kami prihatin terhadap pekerja yang akan terjejas daripada segi aspek emosi mereka dan juga penempatan pekerja yang lebih tua. Oleh itu, kami sedang berbincang dengan STC tentang cara terbaik untuk menangani perkara ini dan faedah pemberhentian kerja yang akan diusahakan untuk pekerja kami,” kata Encik Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >