Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan kerja baru bagi bangun garis panduan aturan kerja fleksibel

Dianggotai pemerintah, NTUC dan majikan; jangka lancar panduan 2024
Sep 07, 2023 | 07:12 PM



Sebuah kumpulan kerja tiga pihak baru telah dibentuk untuk membangunkan Garis Panduan Tiga Pihak berkenaan Pengaturan Kerja Fleksibel (FWA).

Garis panduan itu akan dilancarkan pada 2024, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Kumpulan kerja tiga pihak itu terdiri daripada pemerintah, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) serta beberapa persatuan lain yang mewakili majikan dan perniagaan.

Ia mengadakan mesyuarat pertamanya pada Khamis yang menyaksikan mereka bersetuju membangunkan garis panduan bagi memastikan permintaan FWA diambil kira dengan adil dan betul dalam cara yang praktikal; membangunkan strategi untuk menyokong majikan dan pekerja untuk mengikuti garis panduan tersebut; dan mewujudkan saranan bagi menggalak penyediaan dan penggunaan FWA secara berkesan dan mampan.

MOM berkata rakan kongsi tiga pihak akan memperkenal satu set Garis Panduan Tiga Pihak mengenai FWA baru setelah berunding dengan majikan, pengamal sumber manusia dan pekerja.

Garis panduan itu akan memanfaatkan amalan terbaik yang sudah ditetapkan di bawah Standard Tiga Pihak bagi FWA (TS-FWA) sedia ada bagi majikan mempertimbangkan secara adil dan memberi respons permintaan FWA oleh pekerja mereka.

Garis panduan itu bertujuan membina persefahaman dan kepercayaan bersama antara majikan dengan pekerja semasa mereka membincangkan FWA sesuai yang menyokong keperluan perniagaan dan pekerja.

MOM juga memberi jaminan bahawa rakan kongsi tiga pihak sedar adalah penting untuk mengambil pendekatan yang ditentukan supaya FWA dilaksana dengan berkesan dan digunakan secara bertanggungjawab.

Buat masa ini, majikan boleh secara sukarela mengguna pakai TS-FWA yang menetapkan amalan terbaik dalam menawarkan FWA, dan mengendalikan permintaan FWA.

MOM akur FWA membantu pekerja mencapai keharmonian kerja-kehidupan yang lebih baik dan menggalak tenaga kerja yang lebih terlibat dan produktif, yang seterusnya memberi manfaat kepada majikan.

Majikan yang menawarkan FWA juga mendapat manfaat daripada tarikan dan pengekalan bakat yang lebih baik, tambah kementerian itu.

“Memandangkan Singapura pantas menjadi sebuah masyarakat ‘sangat tua’ dengan keperluan penjaga yang semakin meningkat dan bekalan buruh ketat, FWA juga menjadi semakin penting untuk membolehkan lebih ramai pekerja terus bekerja atau memasuki semula tenaga kerja sambil menguruskan komitmen penjagaan mereka,” kata MOM.

Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, yang juga pengerusi bersama kumpulan kerja tiga pihak itu berkata:

“Sejak pandemik (Covid-19), kedua-dua perniagaan dan pekerja, telah melihat kebolehlaksanaan dan nilai pelbagai jenis FWA. Saya gembira melihat bahawa selepas pandemik, banyak syarikat terus menawarkan FWA, dan ini telah membantu mereka meningkatkan semangat dan pelibatan pekerja, serta menarik dan mengekalkan bakat dengan lebih baik.

“FWA berkesan dan mampan hanya jika terdapat kepercayaan dan persefahaman antara kedua-duanya, majikan dan pekerja.”

Kumpulan kerja itu menjangka dapat mengemukakan saranannya kepada pemerintah dan melancarkan garis panduan tersebut pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >