Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Tak praktikal ulang-alik ke kerja berbasikal

Jun 03, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS berbasikal ke rumah dari tempat kerja pada Rabu, saya memahami mengapa begitu sedikit orang mengayuh berulang-alik ke tempat kerja.

Saya memutuskan mencuba berbasikal pulang ke rumah kerana saya ingin melihat sama ada ia praktikal dan selamat untuk saya melakukannya.

Bagaimanapun, saya seorang penunggang basikal kasual yang menganggap ia sebagai kegiatan riadah.

Tambahan, saya tidak memiliki basikal sendiri jadi saya menggunakan Anywheel, sebuah perkhidmatan perkongsian basikal.

Memandangkan saya tidak pernah berbasikal di kawasan tempat kerja, saya perlu membuat beberapa persiapan terlebih dahulu.

Saya menggunakan peta Google di telefon mudah alih saya untuk merancang perjalanan dan memilih laluan yang tidak mempunyai banyak selekoh bagi menjadikan perjalanan saya lebih mudah.

Melihat pada peta, jarak antara rumah dan tempat kerja kelihatan jauh, tetapi peta Google meramalkan saya akan mengambil masa hanya 42 minit untuk sampai rumah. Namun, saya menjangkakan masa yang lebih lama kerana saya tidak biasa dengan kawasan itu.

Oleh kerana saya tidak pasti berapa lama perjalanan saya, saya mengecas telefon bimbit sebelum meninggalkan tempat kerja supaya baterinya tidak mati semasa saya mengayuh.

Kemudian, tiba masanya untuk mencari basikal. Menggunakan aplikasi mudah alih Anywheel, ia cukup mudah untuk mencari basikal di kolong blok bertentangan dengan tempat kerja saya.

Maka pada 8.21 malam, perjalanan saya bermula.

Saya fikir berbasikal pada waktu malam akan menyejukkan tetapi saya silap. Cuaca panas di Singapura bermakna ia sangat mudah berpeluh walaupun pada waktu malam.

Butir-butir peluh mengalir deras dari dahi semasa saya mengayuh, manakala bahagian belakang baju saya basah kuyup.

Sepanjang perjalanan, saya terfikir, “Jika saya sudah berpeluh sebanyak ini pada waktu malam, alangkah teruknya jika saya mengayuh pada waktu pagi?

“Sekiranya saya berpeluh mengayuh pada waktu pagi, saya perlu mandi apabila tiba di tempat kerja. Bermandi pun mengambil masa jadi saya perlu meninggalkan rumah lebih awal.

“Saya juga perlu membawa pakaian tambahan untuk ditukar selepas mandi. Ini bermakna saya perlu membawa beg yang lebih besar untuk memuatkan pakaian tambahan.

“Adakah semua usaha tambahan ini berbaloi?”

Itulah soalan yang terlintas di fikiran saya semasa saya mengayuh.

Perjalanan pulang tidaklah rumit tetapi ia meletihkan, baik dari segi fizikal mahupun mental.

Tambahan pula untuk memastikan keselamatan saya, saya perlu sentiasa berwaspada dengan persekitaran saya pada setiap masa, terutamanya pada waktu malam apabila jarak penglihatan lebih rendah.

Akhirnya, selepas mengayuh selama 58 minit, saya tiba di kolong blok saya. Bagi saya, berbasikal berulang-alik ke tempat kerja tidak praktikal, memandangkan ia lebih cepat untuk menggunakan pengangkutan awam.

Menumpang pengangkutan awam adalah lebih santai kerana saya tidak perlu risau tentang keselamatan saya. Selalunya saya boleh mencari tempat duduk di dalam MRT atau bas dan memejamkan mata untuk rehat sebentar.

Yang ada orang berbasikal berulang-alik ke tempat kerja kerana mereka mahu besenam. Tetapi bagi saya, pilihan senaman saya ialah berjoging di kawasan kejiranan saya pada waktu malam.

Oleh itu, tiada ruang untuk berbasikal dalam kehidupan seharian saya. Ia kekal sebagai aktiviti riadah yang saya lakukan bersama rakan dan keluarga apabila ada masa lapang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >