Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan NEL terima 6 kereta api baru mulai 28 Jul

Jul 27, 2023 | 04:29 PM



Enam kereta api baru akan ditambah secara berperingkat bagi Laluan Timur Laut (NEL) mulai 28 Julai.

Ini untuk meningkatkan kapasiti penumpang bagi persiapan untuk mengembangkan NEL yang dijangka siap pada 2024.

Tambahan ini akan meningkatkan jumlah kereta api di NEL daripada 43 kepada 49. Keenam-enam kereta api itu, berharga $130 juta, dijangka beroperasi menjelang suku ketiga 2023.

Kesemua enam kereta api dilengkapi sistem pemantauan yang mengumpul data daripada peralatan dalam kereta api.

Sistem itu membolehkan langkah-langkah penyelenggaraan awal diambil sebelum kerosakan berlaku, sekali gus meningkatkan keandalan perkhidmatan.

Selain daripada sistem pemantauan, dua daripada enam kereta api baru itu juga disesuaikan dengan sistem Pemeriksaan Landasan Automatik (ATI). Ini adalah kali pertama kereta api di NEL dilengkapi dengan sistem ATI.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis, terdapat kamera dan pengesan dipasang di bawah kereta api untuk memantau keadaan landasan ketika kereta api sedang beroperasi.

“Ini akan meningkatkan pengesanan kerosakan pada landasan. Ini termasuk landasan yang retak atau karat dan penyepit landasan yang hilang,” kata kenyataan LTA.

Empat kereta api baru di Laluan Utara Selatan (NS) dan Laluan Timur Barat (EW), serta dua kereta api baru di Laluan Thomson East Coast (TEL) juga dilengkapi sistem ATI.

Sistem ATI melengkapkan pemeriksaan trek fizikal sedia ada dan membolehkan penyelenggaraan trek yang lebih tepat pada masanya.

Kereta api NEL baru akan meningkatkan kapasiti perjalanan untuk lanjutan NEL akan datang yang akan menghubungkan stesen MRT Punggol ke stesen MRT Punggol Coast baru.

Peluasan NEL akan membantu penumpang menjimatkan sehingga 15 minit masa perjalanan dari Punggol North ke pusat bandar dan kawasan lain di Singapura.

“Kereta api baru akan membawa lebih banyak kemudahan kepada penduduk dan penumpang dengan memendekkan selang waktu antara menunggu MRT dan menambah baik kekerapan perkhidmatan NEL,” kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, pada majlis pelancaran kereta api baru pada Khamis.

Kenam-enam kereta api baru itu dihasilkan dan dipasang syarikat Alstom di Barcelona, Sepanyol dan telah pun tiba di Singapura pada April 2021.

Ujian komprehensif oleh LTA, SBS Transit dan Alstom telah dijalankan ke atas kereta api tersebut dan mereka akan disertakan dalam perkhidmatan penumpang setelah ujian selesai.

Kereta api juga dilengkapi dengan ciri-ciri penyelenggaraan untuk kakitangan kereta api, seperti penutup kotak pemadam api yang lebih mudah dibuka dan kurang terdedah tercabut secara tidak sengaja.

Tidak seperti kereta api generasi pertama yang mempunyai warna oren dan ungu di bahagian luar, kereta api baru akan mempunyai warna ungu terang yang menyerlah.

Di samping pelancaran kereta api baru, kerja-kerja peningkatan bagi 25 NEL kereta api generasi pertama sedang berjalan lancar. Baki kereta api akan dinaik taraf secara berperingkat menjelang 2026.

Kereta api generasi pertama telah beroperasi sejak pembukaan NEL pada Jun 2003.

Menurut kenyataan LTA, bahagian dalam gerabak akan diubah suai dan mereka akan dipasang sistem pemantauan baru, serta sistem hawa dingin dan pengudaraan baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >