Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laman web hospital awam, poliklinik, kumpulan jagaan kesihatan S’pura pulih lepas terhenti 5 jam

Nov 01, 2023 | 06:50 PM



Laman web hospital awam utama, poliklinik dan kelompok penjagaan kesihatan di Singapura tidak dapat diakses selama lima jam, selepas terhenti sekitar 11.30 pagi Rabu.

Kesemua laman web itu pulih semula sekitar 4.30 petang, lapor The Straits Times (ST).


Disebabkan gangguan Internet, pengguna tidak dapat mengakses laman web Hospital Besar Singapura (SGH), Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Hospital Universiti Nasional (NUH), Hospital Besar Changi (CGH) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).

Laman web rasmi Hospital Besar Sengkang (SKGH), Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) dan Hospital Ng Teng Fong (NTFH) serta Institut Kesihatan Mental (IMH) juga gagal berfungsi.

Percubaan untuk mengakses kesemua laman web itu mendapat mesej komputer yang mengatakan “data tidak dapat diisi”.

Laman web ketiga-tiga kelompok penjagaan kesihatan awam di sini juga tidak dapat diakses.

Dalam catatan Facebook pada Rabu, penyedia teknologi maklumat (IT) penjagaan kesihatan nasional Synapxe berkata semua khidmat dalam talian telah terhenti, termasuk laman web, e-mel dan talian Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).

Bagaimanapun, hospital dan klinik awam masih boleh mengakses rekod pesakit, tambahnya. Ia tidak menyatakan punca kerosakan laman web tersebut.

Laman web Synapxe turut terjejas dan tidak berfungsi sebelum pulih sekitar 2.30 petang.

Singapura mempunyai tiga kelompok penjagaan kesihatan yang menguruskan semua hospital dan poliklinik awam.

Singapore Health Services, yang lebih dikenali sebagai SingHealth, mengendali hospital dan poliklinik di kawasan timur Singapura.

NUHS pula mengendali hospital dan poliklinik di kawasan barat, manakala Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) mengendali hospital dan poliklinik di kawasan tengah Singapura.

Namun, laman web HealthHub dan pelbagai laman web hospital swasta di Singapura kelihatan tidak terjejas.

Menjawab pertanyaan ST, jurucakap SingHealth berkata: “Pada masa ini, terdapat gangguan akses Internet yang menjejas semua kelompok penjagaan kesihatan awam. Khidmat yang memerlukan aplikasi Internet seperti laman web tidak dapat diakses.”


Jurucakap itu turut menasihatkan pesakit yang mempunyai janji temu dan memerlukan khidmat bil agar menggunakan aplikasi Health Buddy SingHealth.


Khidmat klinikal masih boleh diakses dan tidak terjejas, tambahnya.

“Kami sedang bekerjasama dengan Synapxe, rakan kongsi IT penjagaan kesihatan kami, untuk menyelesaikan isu ini. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi,” jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >