Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek AI di NUHS jimat masa, pertingkat mutu jagaan pesakit

Aug 17, 2023 | 06:08 PM



Kemajuan teknologi akan membantu kakitangan penjagaan kesihatan di Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) melaksanakan tugas dengan lebih pantas – menerusi kemudahan kecerdasan buatan (AI), ChatGPT.

Daripada menghabiskan masa lama menulis surat rujukan pesakit, para doktor akan dapat menggunakan ChatGPT versi kluster sektor kesihatan untuk melakukan tugas itu.

Ini akan membolehkan mereka menumpukan perhatian dan memberi lebih banyak masa untuk penjagaan pesakit, lapor The Straits Times.


Kakitangan NUHS juga akan dapat memperuntukkan sumber dengan lebih baik apabila menggunakan AI untuk menganggarkan tempoh penginapan pesakit di hospital – serupa cara kakitangan hotel memeriksa tempahan bilik.

Menjana kemajuan ini adalah superkomputer nasional ketiga Singapura yang terletak di Hospital Universiti Nasional (NUH).

Dinamakan ‘Prescience’, superkomputer itu telah beroperasi sejak 31 Julai lalu, selepas NUHS dan Pusat Superkomputer Nasional Singapura (NSCC) menandatangani perjanjian untuk membangunkannya pada 3 Disember 2021.

Sokongan ‘Prescience’ akan diberi kepada kakitangan hospital dan dijangka akan dilancarkan secara beransur-ansur menjelang akhir 2023.

Sistem superkomputer sangat berkuasa dan boleh memproses tugas kompleks seperti AI berskala besar dan pembelajaran mesin, membolehkan analisis pantas dan pembelajaran daripada set data yang besar dan rumit.

Komputer sedemikian, Aspire 1, yang pertama di Singapura, telah ditubuhkan di Fusionopolis pada 2016, manakala yang kedua, Aspire 2a, telah beroperasi di NUS sejak Julai 2023.


Kedua-duanya digunakan untuk pelbagai penyelidikan seperti perubahan iklim, pemantauan cuaca, perancangan bandar, penjagaan kesihatan dan bahan.

‘Prescience’ didedikasikan untuk penjagaan kesihatan dan penyelidikan perubatan.

Ia membolehkan penyelidik menggunakan data besar perubatan untuk melatih model bahasa besar (LLM) untuk keperluan penjagaan kesihatan Singapura.

LLM adalah algoritma pembelajaran mendalam yang boleh mengecam, meringkaskan, menterjemah, meramal dan menjana kandungan berdasarkan pengetahuan yang diperoleh daripada set data yang besar.

Versi NUHS, yang dipanggil NUHS Russell-GPT, boleh meringkaskan nota kes pesakit dan menulis surat rujukan untuk doktor dalam masa beberapa saat.

Data klinikal tanpa nama dan garis panduan klinikal yang dipilih susun, protokol dan set data digunakan untuk melatih model NUHS.

Model AI itu juga membolehkan kakitangan NUHS bertanya soalan, seperti yang berkaitan dengan keadaan perubatan dan garis panduan amalan klinikal, untuk membantu kerja mereka.

Ketua pegawai teknologi kumpulan NUHS, Profesor Madya Ngiam Kee Yuan, berkata:


“Daripada mengetahui keadaan perubatan tempatan yang tepat dan mengurangkan kerja pentadbiran doktor dan jururawat kami, LLM ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pekerja penjagaan kesihatan dan juga pesakit.”


Superkomputer baru itu juga digunakan dalam projek AI lain untuk meramalkan perjalanan penjagaan kesihatan pesakit melalui analisis data sejarah.


Kira-kira 250,000 set data tanpa nama pesakit yang melibatkan sejarah penjagaan kesihatan mereka digunakan untuk melatih model ramalan itu.


Satu lagi daya usaha yang dijayakan oleh ‘Prescience’ adalah ‘Smile AI’ yang melibatkan pemantauan dan pembelajaran pintar yang bertujuan memperbaiki penjagaan kesihatan mulut. Matlamatnya adalah untuk bantu memperbaiki pengalaman pesakit.

Dahulu, seorang pesakit perlu menunggu sehingga satu hari untuk melakukan acuan pergigian. Dengan ‘Smile AI’, doktor gigi akan mengambil masa tidak lebih dari lima minit untuk mengimbas gigi pesakit dan mengumpul maklumat untuk memulakan rawatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >