Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah ladang Green Harvest ubah cara tanam sayur

Nov 06, 2023 | 05:30 AM



Syarikat pertanian sayur-sayuran mapan setempat, Green Harvest, yang diketahui menawarkan pertanian cara baru di negara ini, telah dibuka secara rasmi pada 24 Oktober di kawasan Lim Chu Kang.

Menurut Green Harvest, pihaknya memanfaatkan pengalaman dan kepakaran pertanian Kok Fah Techonolgy Farm dan bekerjasama dengan TeamBuild Construction Group dalam mereka bentuk dan membina rumah hijau.

Dengan keluasan 150,000 kaki persegi – sekitar tiga padang bola sepak – ladang di 8 Neo Tiew Harvest Lane itu mempunyai kebolehan menghasilkan empat tan sayur-sayuran setiap hari, bagi memenuhi permintaan sayuran segar dan tempatan yang semakin meningkat.

Jumlah itu lebih lima kali ganda purata produktiviti kaedah pertanian tradisional.

Kebanyakan sayuran yang ditanam adalah sayuran yang selaras dengan cita rasa warga dan masakan Singapura, seperti dua jenis sawi, xiao bai cai dan nai bai.


Namun, untuk memenuhi selera dan meningkatkan kepelbagaian masakan di Singapura, sayur-sayur seperti selada merah dan selada hijau, serta herba seperti daun selasih juga ditanam di ladang Green Harvest.

Sayuran dan herba itu merupakan bahan-bahan yang penting dalam masakan Singapura dan antarabangsa.

Agensi Makanan Singapura (SFA), mengumpulkan petani, peruncit serta persatuan perniagaan Hotel, Restoran dan Katering (HORECA) bagi meningkatkan permintaan hasil tempatan.

Daya usaha itu dijalankan bagi mewujudkan permintaan yang mencukupi dalam kalangan syarikat makanan berkaitan hasil tempatan oleh ladang di sini yang bekalannya semakin bertambah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >