Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah perbarui Geylang Serai tunjuk usaha pemerintah pelihara budaya Melayu: Masagos

Aug 21, 2023 | 05:31 PM



Kerja-kerja peningkatan untuk menyegarkan Jalur Budaya Geylang Serai (GSCB) mencerminkan sokongan berterusan pemerintah untuk melestarikan budaya dan warisan Melayu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaan (NDR), Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong telah menyentuh mengenai usaha pemerintah memperbarui Geylang Serai, yang disifatkannya sebagai hab kebudayaan penting.

Merujuk kepada ucapan Encik Lee itu, Encik Masagos berkata beliau gembira melihat kerja-kerja peningkatan untuk menyegarkan GSCB berjalan dengan lancar.

Menulis di Facebook pada Isnin, Encik Masagos juga berkata kerja-kerja ubah suai bagi Pasar Geylang Serai dan Joo Chiat Complex akan bermula tidak lama lagi.

“Apabila siap tahun depan, ruang-ruang GSCB yang diperbaharui akan menyambut semua rakyat Singapura daripada segenap lapisan masyarakat termasuk para pelancong.

“Saya berharap dengan peningkatan kepada ruang-ruang awam dan laluan pejalan kaki, kita dapat menghargai dengan lebih lagi bagaimana Geylang Serai telah berkembang dan terus menjadi nadi budaya dan kegiatan masyarakat Melayu/Islam kita.”

Selain GSCB, Encik Masagos turut menyentuh program Sihat Menua SG bagi warga emas yang diumumkan Encik Lee semasa NDR pada Ahad.

Encik Masagos berkata menerusi program sedemikian, pemerintah boleh “mempertingkat khidmat bagi warga emas kita dan menggalakkan mereka untuk menjaga kesejahteraan fizikal dan mental”.

Beliau juga menekankan pentingnya meningkatkan kemahiran dan mencari peluang-peluang dalam sektor ekonomi baru seperti bidang digital.

“Ini supaya kita boleh kekal relevan dan mudah menyesuaikan diri dalam perubahan ekonomi yang pesat,” katanya.

Beliau memuji anggota masyarakat Melayu/Islam yang telah mengorak langkah untuk meneroka sektor digital.

Namun, beliau akur bukan mudah untuk bertukar pekerjaan kepada sektor baru atau sektor berlainan.

“Sebab itulah, Pemerintah akan melancarkan skim sokongan kewangan sementara bagi golongan pekerja yang diberhentikan semasa meningkatkan kemahiran mereka.

“Ini dapat membantu mengurangkan tekanan kewangan dan mental serta membantu mereka memperoleh pekerjaan lebih baik dalam jangka panjang,” jelas Encik Masagos.

“Dalam membina masa depan Singapura, kita harus melestarikan nilai-nilai asas yang diwariskan datuk nenek kita.

“Dengan semangat yang baru, yang lebih bertenaga, saya yakin masyarakat Melayu/Islam boleh terus maju bersama rakyat Singapura yang lain untuk menjadikan negara kita sebuah kediaman yang lebih baik dan membina masa depan yang lebih cerah untuk semua,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >