Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lantai penuh najis, 20 ekor kucing terabai lebih seminggu setelah paip kumbahan pecah

Sep 07, 2023 | 05:14 PM



Apabila paip kumbahan di rumahnya pecah, seorang pemilik rumah di Bukit Merah bukan sahaja meninggalkan rumah tersebut tetapi juga 20 ekor kucingnya. Beliau dikatakan hanya memaklumkan hal demikian kepada pihak berkuasa lapan hari kemudian.

Sebaik sahaja pegawai Persatuan Cegah Kekejaman ke atas Binatang (SPCA) dan Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) bergegas ke flat tersebut, lantai rumah sudah diselaputi najis manusia.

Dahagakan air segar buat lebih seminggu, kucing-kucing itu dilihat meminum cecair yang mengalir daripada paip kumbahan itu.

Dua kucing pula berada dalam sangkar lalu terhalang daripada mengakses sebarang makanan atau minuman.

Kisah menyayat hati ini disampaikan SPCA menerusi pos Facebooknya pada Rabu.

Pada 18 Ogos, SPCA dimaklumkan oleh CWS mengenai kes tersebut di mana pemilik rumah meninggalkan kucing-kucingnya, termasuk seekor anak kucing, meletakkan haiwan itu dalam risiko kekurangan zat makanan dan keracunan akibat toksin dalam najis manusia.

Kakitangan SPCA dan CWS bergegas ke flat itu pada petang 18 Ogos, tetapi hanya dapat masuk selepas tengah malam.

Menyifatkan keadaan dalam flat itu sebagai “dahsyat”, SPCA memaklumkannya kepada pihak berkuasa agar dapat mengambil kucing-kucing itu supaya ia mendapat bantuan perubatan dengan segera.

“SPCA komited kepada menyokong penempatan semula kucing-kucing ini setelah selesai siasatan dan telah meminta pihak berkuasa agar menyiasat kejadian itu dengan lanjut.

“Kucing-kucing itu mungkin berdepan dengan kesan mengancam nyawa sekiranya kami tidak menanganinya tepat pada masanya,” kata SPCA.

Persatuan itu melahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa serta CWS kerana turut bekerjasama sepanjang operasi 12 jam untuk menyelamatkan kucing-kucing demikian.

Malangnya, ini bukan kali pertama SPCA berdepan dengan keadaan seperti itu.

Haiwan peliharaan merupakan “tanggungjawab sepanjang hayat”, dan ia adalah tanggungjawab penjaganya untuk memastikan ia terjaga tidak kira dalam apa keadaan sekali pun, kata SPCA.

Sebelum sebuah krisis berlaku, penjaga patut mempunyai rancangan sekiranya mereka tiba-tiba tidak dapat menjaga haiwan peliharaan mereka.

Ini termasuk mendapat bantuan saudara atau rakan yang dapat menempatkan haiwan itu buat sementara, atau sekiranya sesuatu tidak dijangka berlaku, mereka digesa menghubungi talian SPCA yang beroperasi 24 jam.

“Ini boleh memberi perbezaan antara hidup dengan mati bagi haiwan peliharaan anda,” kata SPCA.

Persatuan itu berkata mereka faham terdapat banyak faktor yang menyukarkan seseorang untuk menjaga haiwan peliharaan mereka seperti kesukaran kewangan atau pemindahan, namun SPCA memberi jaminan bahawa terdapat huraian yang boleh membantu haiwan itu menjalani kehidupan yang sihat, selamat dan selesa.

Sekiranya penjaga haiwan peliharaan mengalami kesukaran, mereka boleh menghubungi SPCA di 6287 5355 atau mengirim e-mel kepada enquiries@spca.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >