Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan gaji minimum berpatutan: 3 kementerian beri respons

Respons termasuk dari Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) 
Sep 15, 2023 | 07:57 PM



Isu sama ada lebih banyak boleh dilakukan di Singapura untuk membantu pekerja bergaji rendah dan keluarga mereka telah dibangkitkan semula pada Khamis.

Laporan penyelidik dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew (LKYSPP) yang diterbitkan pada Khamis berkata sebuah keluarga empat beranak, dengan ibu bapa, praremaja dan remaja, memerlukan sekurang-kurangnya $6,693 sebulan untuk memampui taraf hidup asas.

Ia turut mengesyorkan supaya satu had gaji terendah universal ditetapkan untuk membantu pekerja dan keluarga bergaji rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup, dan pembaharuan dibuat kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) serta skim sokongan sosial bagi memastikan pesara lebih miskin tidak ketinggalan.

Sejurus setelah Laporan Piawaian Pendapatan Minimum (MIS) 2023 itu diterbitkan, pemerintah berkata bahawa laporan tersebut “bukan hanya mengenai keperluan asas seperti perumahan, makanan dan pakaian, malah... (ia) adalah perkara yang ingin dimiliki oleh individu.”

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Khamis, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menerangkan pendekatan yang diambil pemerintah iaitu ia komited menyokong warga Singapura sepanjang kehidupan mereka, terutama mereka yang memerlukan.

Pemerintah melabur dalam modal insan, termasuk melalui subsidi meluas dan pemindahan dalam pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan awam yang memberi manfaat kepada kebanyakan warga, supaya warga Singapura boleh mendapat pekerjaan yang lebih baik dan pendapatan yang lebih tinggi, kata kenyataan itu.

Ia menambah bahawa perbelanjaan sosial meningkat hampir seganda sepanjang dekad yang lalu, daripada $18 bilion pada tahun kewangan 2011 kepada $34 bilion pada tahun kewangan 2021.

Sokongan condong kepada mereka yang lebih memerlukan, dengan skim bantuan yang disasarkan kepada mereka daripada latar belakang berpendapatan rendah atau mereka yang tidak dapat bekerja, tambahnya.

“Pemerintah sentiasa menyemak skop dan liputan bantuan kami untuk memastikan ia relevan dan mencukupi,” kata kenyataan itu.

Dalam kajian sebelum ini pada 2021, para penyelidik yang sama mengatakan bahawa keluarga empat beranak memerlukan $6,426 sebulan untuk mencapai taraf hidup asas, manakala ibu bapa tunggal dengan anak kecil memerlukan $3,218, lapor The Straits Times.


Setelah mengambil kira inflasi, angka itu kini meningkat kepada $6,693 dan $3,369.

Sementara itu, ketiga-tiga kementerian berkenaan berkata idea mewujudkan had gaji terendah universal “tidak semestinya jalan terbaik” untuk mencapai gaji yang berpatutan.

“Jika ditetapkan terlalu rendah, had gaji akan memberi manfaat kepada lebih sedikit pekerja berbanding Model Gaji Progresif (PWM). Jika ditetapkan terlalu tinggi, pekerja yang kurang mahir berisiko kehilangan pekerjaan mereka, terutama jika pekerjaan mereka boleh diautomasikan,” kata mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >