Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan tentera udara S’pura-Indo pererat hubungan dua negara

Dec 01, 2023 | 05:04 PM



Sekitar 300 anggota Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) selesai menjalani satu latihan udara bersama.

Latihan Elang Indopura ke-22 telah dijalankan dari 18 hingga 30 November di Pangkalan Tentera Udara Roesmin Nurjadin di Pekanbaru, Indonesia, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan pada Khamis (30 Nov).

Buat julung kalinya, latihan tersebut melibatkan pengisian minyak udara-ke-udara menggunakan Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 RSAF.

Di samping pesawat MRTT A330, latihan itu turut melibatkan 6 pesawat pejuang termasuk F-16C/D RSAF serta 16 F-16C/D TNI AU.

Menurut Mindef, latihan itu merupakan wadah yang baik untuk mempertingkat tahap profesionalisme dan keupayaan saling kendali antara kedua-dua angkatan udara itu.

Panglima Tentera Udara RSAF, Mejar Jeneral (MG) Kelvin Khong dan Ketua Staf TNI AU Ketua Marsyal Udara (ACM) Fadjar Prasetyo, hadir pada acara penutup Latihan Elang Indopura itu di Pangkalan Tentera Udara Roesmin Nurjadin di Pekanbaru, Indonesia. 

MG Khong dalam kenyataan itu berkata, latihan tersebut mengesahkan hubungan dua hala yang kukuh antara RSAF dan TNI AU.

Beliau ​juga menekankan kerumitan latihan yang semakin meningkat, sambil berkata:

“Tahun ini, buat pertama kalinya, kami melakukan pengisian minyak udara ke udara sewaktu latihan.

“Ini memerlukan kerja berpasukan daripada kedua-dua pihak dan menunjukkan sikap saling mempercayai antara TNI AU dan RSAF.

“Saya berharap ia adalah pengalaman berharga untuk anak kapal dari kedua-dua tentera udara. 

“Saya juga mengharapkan lebih banyak peluang untuk mengadakan siri sebegitu dalam latihan masa depan untuk memperdalam kerjasama dua hala kami.”

Bersependapat, ACM Fadjar berkata:

“Latihan bersama ini telah menjadi cerminan visi strategik yang dikongsi bersama dan dedikasi bersama dalam mengekalkan keamanan di rantau ini.”

Kedua-dua tentera udara juga terlibat dalam pelbagai aktiviti lain, termasuk lawatan, pertukaran profesional, dan kehadiran silang kursus, dalam mengukuhkan lagi perkongsian mereka selain daripada latihan itu, kata Mindef.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >