Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA nasihati warga S’pura tinggalkan Palestin, Israel secepat mungkin

Oct 10, 2023 | 05:21 PM



Warga Singapura yang menetap atau sedang berada di Israel atau Palestin harus meninggalkan kedua-dua tempat itu secepat mungkin melalui pilihan komersial yang tersedia, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mereka yang ingin kekal di sana dinasihatkan supaya terus berwaspada, memantau perkembangan tempatan dengan teliti dan mengelak kawasan yang terkenal dengan gangguan awam atau tempat orang ramai berkumpul, terutamanya di Kota Lama dan di Baitulmakdis Timur, termasuk Haram al-Sharif, kawasan yang menempatkan Kubah As-Sakhra dan Masjid Al-Aqsa – antara tempat ibadah paling suci umat Islam.

Mereka juga dinasihatkan supaya mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu untuk keselamatan diri, termasuk membeli insurans perjalanan dan perubatan komprehensif.

MFA juga menggalak warga Singapura mendaftar dalam talian di https://eregister.mfa.gov.sg agar mereka dapat dihubungi jika terdapat keperluan berbuat demikian.

Warga Singapura di sana juga dinasihatkan supaya terus berhubung dengan keluarga dan rakan mereka.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular semasa berada di Israel atau Palestin boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Tel Aviv atau Pejabat Bertugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam) di:

– Kedutaan Republik Singapura di Israel (Tel Aviv), 28 HaArba’a Street, South Tower (Tingkat 19), Tel Aviv 6473926, Israel, Telefon: +972 3 7289334, Emel: singemb_tlv@mfa.sg, atau

– Pejabat Bertugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam), Telefon: +65 6379 8800/8855,

E-mel:mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >