Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,000 penduduk Pasir-Ris Punggol sertai usaha ke arah S’pura lebih hijau

Sep 24, 2023 | 07:14 PM



Cuaca hujan tidak menjejas semangat lebih 1,000 penduduk di kawasan Pasir Ris-Punggol yang tampil menyingsing lengan menyumbang ke arah Singapura yang lebih hijau dan mampan melalui acara Greenwave yang diadakan pada Ahad.


Dari acara berbasikal dan menanam pokok beramai-ramai hingga pelancaran “taman di atas bumbung”, penduduk telah menyertai lebih 10 aktiviti di sekitar kawasan itu.

Acara yang diadakan buat julung kalinya itu dianjur pertubuhan akar umbi GRC Pasir Ris-Punggol.

Turut meraikan acara tersebut termasuk penasihat bagi pertubuhan akar umbi GRC Pasir Ris-Punggol dan SMC Punggol West, termasuk Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean; Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary; Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling; dan Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.

Acara tersebut dimulakan dengan lebih 100 penduduk yang berbasikal beramai-ramai, yang bertujuan menggalak aktiviti berbasikal di kalangan penduduk dalam usaha mengurangkan jejak karbon dan menyokong visi Singapura mengurangkan kereta.

Ini diikuti acara berkayak sambil mengangkat sampah di kawasan perairan Punggol serta acara menanam pokok dan berjalan kaki beramai-ramai di kawasan alam semula jadi dan paya bakau.

Beberapa acara termasuk aktiviti membersihkan pantai tidak dapat dilakukan disebabkan cuaca hujan.

Dalam pada itu, satu pameran yang memaparkan visi Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew, untuk mewujudkan Singapura bersih dan hijau turut diadakan sempena Memperingati 100 tahun kelahiran Lee Kuan Yew (LKY100).

Pameran tersebut merangkumi gerai yang dikendalikan rakan kongsi berbeza termasuk sekolah dan syarikat pemula atau start-up dengan tumpuan terhadap usaha kemampanan di mana penduduk berpeluang menyertai bengkel-bengkel yang disediakan.


Memandang ke hadapan, Encik Sharael memberitahu Berita Harian (BH) terdapat rancangan mengadakan acara yang melibatkan penduduk, rakan kongsi masyarakat dan juga perniagaan itu setiap tahun pada masa akan datang.

Menurut Encik Sharael, acara Greenwave itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya usaha ke arah Singapura lebih hijau dan mampan.

“Ia juga merupakan dorongan supaya bertindak menyumbang terhadap gerakan ke arah kemampanan ini.

“Acara ini juga ditumpukan kepada melibatkan penduduk kerana semua anggota masyarakat mempunyai peranan penting dalam usaha ini,” kata Encik Sharael.

Katanya, respons yang baik terhadap acara tersebut mencerminkan kesedaran warga Singapura akan kesan perbuatan kita sebagai satu masyarakat ke arah dunia yang lebih mampan.

Katanya: “Singapura negara kecil, namun visi serta kesedaran warganya boleh menjadi contoh bagi negara lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >