Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,000 stesen cas disedia untuk pemandu EV S’pura, M’sia

Pemandu kenderaan elektrik dapat akses di kedua-dua belah Koswe hasil perjanjian ComfortDelGro Engie, Yinson Green Technologies
Oct 06, 2023 | 06:00 PM



Pemandu kenderaan elektrik (EV) dari kedua-dua belah Koswe akan mendapat akses segera kepada lebih 1,000 stesen mengecas di Singapura atau Malaysia, dengan lebih banyak stesen itu dijangka dilancarkan pada masa hadapan.

Ini hasil pemeteraian perjanjian perkongsian antara salah satu pengendali stesen mengecas terkemuka Singapura, ComfortDelGro Engie, dengan pengendali stesen mengecas terbesar di Malaysia, Yinson Green Technologies.

Pemeteraian perjanjian itu dijalankan di ibu pejabat ComfortDelGro pada 6 Oktober, dengan disaksikan oleh tetamu kehormat, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor,

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yinson Green Technologies, Encik Eirik Barclay; CEO Kumpulan Yinson Holdings Berhad, Encik Lim Chern Yuan; Pengarah Urusan merangkap CEO Kumpulan ComfortDelGro, Encik Cheng Siak Kian; serta Pengurus Besar ComfortDelGro Engie, Encik Freddie Chew.

Perjanjian itu bertujuan memudahkan pengalaman pemandu EV ketika membuat perjalanan rentas sempadan.

Kini, pemandu EV boleh mencari, menggunakan dan membayar untuk penggunaan stesen mengecas melalui sama ada aplikasi chargEV kendalian Yinson Green Technologies atau aplikasi kendalian ComfortDelGro Engie.

Pemandu EV yang membuat perjalanan jauh rentas sempadan boleh menggunakan mana-mana aplikasi untuk mengakses rangkaian stesen mengecas yang meluas di Singapura dan Malaysia sambil membayar dalam mata wang tempatan.

Mulai Jumaat, pengguna aplikasi chargEV mempunyai akses kepada semua stesen mengecas ComfortDelGro Engie, manakala pengguna aplikasi ComfortDelGro Engie mempunyai akses kepada stesen mengecas chargEV terletak di sepanjang pantai barat Malaysia.

Lebih banyak stesen chargEV akan disesuaikan dengan aplikasi ComfortDelGro pada masa depan.

Menjelang 2030, rangkaian stesen mengecas itu dijangka meningkat daripada 1,000 kepada 8,000 – 5,000 di Singapura dan 3,000 di Malaysia – dan akan mengukuhkan kedudukannya sebagai gabungan rangkaian mengecas EV terbesar di seluruh Singapura dan Malaysia.

Encik Barclay berkata perkongsian antara Yinson Green Technologies dengan ComfortDelGro Engie merupakan satu kejayaan besar bagi industri mobiliti elektrik di Singapura dan Malaysia.

Menurutnya, perkongsian itu menangani sebab utama EV tidak berkembang pesat, iaitu julat jarak EV.

“Perkongsian ini merapatkan kebolehoperasian rentas sempadan, menyampaikan infrastruktur pengecasan yang boleh diakses dan menyediakan pengalaman ‘caj di mana-mana’ terbaik kepada pemandu EV yang melakukan perjalanan antara Singapura dan Malaysia,” kata Encik Barclay.

Encik Chew pula berkata perkongsian itu menandakan pencapaian penting bagi ComfortDelGro Engie, yang menyambut ulang tahun keduanya pada Jumaat.

“Kami bukan sahaja berkembang di dalam negara, malah kami teruja meluaskan jangkauan kami merentasi Koswe sebagai sebahagian komitmen kami mempromosikan tenaga hijau dan mobiliti mampan.

“Kami percaya rangkaian yang diperluas ini akan mempercepat peralihan kepada EV dan menyumbang kepada cita-cita pelepasan sifar kedua-dua negara,” kata Encik Chew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >