Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 17% peningkatan bagi program Bulan Bahasa 2023

Lebih 75,000 individu turut serta dalam 152 acara dari 13 Ogos hingga 9 Oktober
Oct 26, 2023 | 04:06 PM



Jumlah acara yang diadakan sepanjang Bulan Bahasa 2023 menyaksikan peningkatan lebih 17 peratus dengan 152 acara diadakan pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.

Demikian didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, semasa berucap di majlis penghargaan program tahunan itu.

Menurut Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang itu, apa yang lebih menggalakkan, lebih 75,000 orang telah mengikuti pelbagai acara Bulan Bahasa bertemakan ‘Cita. Citra Cinta. Bahasa Kita.’ yang berlangsung dari 13 Ogos hingga 9 Oktober.

“Sebanyak 152 acara dianjurkan yang disasarkan kepada pelbagai golongan – pelajar, belia, orang dewasa dan juga warga emas,” katanya di majlis yang diadakan di Wisma Geylang Serai pada Rabu malam.

Seperti 2022, Bulan Bahasa kali ini turut menyaksikan acara yang diadakan dengan begitu meriah bagi menarik minat semua lapisan masyarakat.

Ini termasuk acara seperti bengkel membuat pelekat digital, muzik dan tarian, pameran fesyen, kegiatan tradisional seperti melukis gasing dan anyaman bakul dan banyak lagi.

“Cabaran yang kita alami setiap tahun ialah untuk mendekati lapisan masyarakat yang sebelum ini tidak menggunakan bahasa Melayu dengan cara yang lebih menyantuni masyarakat.

“Ini bukan sahaja cabaran bagi jawatankuasa Bulan Bahasa, sekolah dan guru-guru malah juga bagi ibu bapa,” kata Encik Zhulkarnain.

“Bahasa ini boleh dipelajari sendiri tetapi tidak boleh digunakan bersendirian dan harus dihayati bersama,” ujarnya.







Bagi menarik golongan belia umpamanya, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Keat Hong pada 8 Oktober lalu mengadakan acara yang menampilkan Masdo, sebuah kugiran dari Malaysia yang menjadi kegemaran ramai. Ia dihadiri sekitar 5,000 orang.

“Ramai belia yang hadir dan mereka hafal seni kata lagunya. Saya terpegun. Lirik-lirik lagu mereka menggunakan bahasa puitis.

“Dengan ini, belia-belia dapat tahu bahawa bahasa Melayu ini indahnya bukan sahaja dalam tuturan malah juga dalam sentuhan hati,” kata Encik Zhulkarnain yang juga Penasihat Akar Umbi Chua Chu Kang (Keat Hong).

Turut hadir pada Malam Penghargaan Bulan Bahasa 2023 ialah mantan Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Cik Rahayu Mahzam dan Duta Bahasa 2023, Cik Nursha Ismail, Encik Hanafi Idrus dan Ustaz Muhammad Nuzhan Abdul Halim.

Cik Nursha, seorang penyampai dan penerbit berita di Berita Mediacorp, sering meluangkan masa sebagai relawan bersama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) selama beberapa tahun sebelum beliau dilantik sebagai Duta Bahasa.

Beliau ingin membantu menanam sifat membaca dan harap dapat terus melihat ibu bapa membaca bersama anak-anak mereka.

Bagi Encik Hanafi, yang juga dikenali dengan nama pentas Afi Hanafi, beliau melihat dirinya sebagai seorang Duta Budaya sebelum dilantik sebagai Duta Bahasa.

Beliau berharap agar mereka yang tidak kerap menggunakan bahasa Melayu akan lebih selesa dan tidak kekok menggunakannya.

Sementara itu, Ustaz Nuzhan, yang bertugas sebagai pegawai eksekutif di Masjid Jamiyah Ar-Rabitah dan juga hos bagi podcast NJU, lebih selesa menggunakan bahasa Melayu di media sosial.

Beliau menyifatkan pelantikannya sebagai satu anugerah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >