Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 200,000 kamera polis baru akan dipasang jelang 2035

Oct 30, 2023 | 05:49 PM



Lebih 200,000 kamera polis akan dipasang di lebih banyak tempat menjelang 2035, selepas Pasukan Polis Singapura (SPF) menawarkan tender pada 30 Oktober untuk meluaskan pemasangannya ke seluruh Singapura.

Kamera-kamera ini, yang dipanggil PolCam, akan dipasang di kawasan komersial, hiburan dan rekreasi yang dikunjungi orang ramai dan tempat orang ramai berkumpul termasuk di perhentian bas, berhampiran stesen MRT dan pusat tukaran bas. 

Ini susulan pengumuman sewaktu perbahasan Belanjawan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di Parlimen oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, pada 2021.

Encik Shanmugam berkata lebih banyak kamera polis akan dipasang dan peningkatan dalam bilangan kamera akan membantu pegawai polis mengesan, mengekang dan menyelesaikan kes.

Sejak 2012, Singapura telah memasang lebih 90,000 PolCam di blok perumahan awam, tempat letak kereta bertingkat dan kawasan awam lain di kawasan kejiranan dan pusat bandar.

Kamera ini telah membantu polis menyelesaikan sekitar 7,500 kes jenayah, kata polis semasa taklimat media.

PolCam telah berkesan dalam menyelesaikan jenayah fizikal dan ini termasuk kes gangguan berkaitan pinjaman wang tidak berlesen (UML) yang melibatkan kerosakan harta benda, pecah rumah, pencurian kenderaan dan pencurian dari kenderaan di estet perumahan HDB dan tempat letak kereta.

Menurut SPF, kes UML yang melibatkan kerosakan harta benda di kejiranan HDB turun sebanyak 76.9%, daripada 1,745 kes pada 2015 kepada 403 pada 2022.

Kes pecah masuk rumah di flat HDB turun sebanyak 45.9%, daripada 74 pada 2015 kepada 40 pada 2022.

Kes curi kenderaan di tempat letak kereta turun sebanyak 72.9%, daripada 251 pada 2015 kepada 68 pada 2022.

Kes curi daripada kenderaan di tempat letak kereta turun sebanyak 72.5%, daripada 690 pada 2015 kepada 190 pada 2022.

Polis memberi jaminan bahawa pemasangan PolCam di kawasan umum di kawasan perumahan tidak akan menceroboh privasi penduduk.

Menurut SPF, perlindungan dan kawalan perlindungan data yang ketat ke atas penyimpanan, akses dan penggunaan rakaman PolCam perlu dipatuhi.

Rakaman video disimpan dengan selamat, dan hanya orang yang diberi kuasa dibenarkan mengakses atas tujuan rasmi.

Jika rakaman itu tidak diperlukan untuk siasatan polis, ia akan dipadamkan selepas 31 hari daripada tarikh rakaman.

PolCam membantu dan melengkapkan usaha SPF dan pemasangan PolCam baru akan meningkatkan lagi keselamatan orang awam dan bantuan dalam siasatan polis.

Pemasangan lebih banyak kamera baru merentasi lebih banyak lokasi bertujuan memendekkan proses pengesahan suspek, lantas membawa kepada penahanan yang lebih pantas.

Menurut SPF, teknologi sekarang lebih canggih daripada peralatan dahulu – PolCams baru mempunyai resolusi lebih tinggi dan lebih baik berbanding dengan PolCam lama.

Di samping itu, SPF juga mengeluarkan tender untuk pemasangan PolCam baru yang akan menggantikan PolCam sedia ada secara secara progresif.

Pemasangannya juga akan diperluaskan merentasi lebih banyak lokasi di seluruh pulau.

Sebagai contoh, dengan tender ini, PolCam akan dipasang di semua perhentian bas. Pada masa ini, hanya perhentian bas yang menghubungkan ke taman perumahan dipasang dengan PolCam.

Menurut tinjauan persepsi awam yang dijalankan oleh SPF pada 2021, 91 peratus responden menyokong pemasangan PolCam di kawasan awam.

Polis berkata tinjauan itu menunjukkan kepercayaan orang ramai yang kuat terhadap penggunaan PolCam.

Tinjauan yang sama mendapati orang ramai mengenal pasti kehadiran CCTV sebagai faktor paling penting yang menyumbang kepada rasa selamat dan keselamatan mereka.

“Namun, kami tidak hanya bergantung pada PolCam dalam penyiasatan. PolCam adalah salah satu kaedah yang ada untuk membantu kami menjejak dan menangkap suspek dalam sesuatu kejadian,” jelas SPF.


Kenyataan itu turut menyatakan bahawa rakaman PolCam dibantu oleh analitik video (VA) telah membolehkan pihak polis dalam mengenal pasti, mengesan dan menangkap suspek terlibat dalam beberapa jam selepas jenayah dilaporkan. 


Teknologi VA ini akan sentiasa diperhalusi dalam mempercepatkan semakan rakaman-rakaman PolCam bagi membantu menyelesaikan kes-kes jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >