Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kamera polis bantu hurai kes jenayah

Oct 30, 2023 | 05:34 PM



Seorang suspek wanita menyimbah air panas ke atas seorang lelaki dan menukar pakaiannya untuk mengelak daripada dikesan.

Dengan bantuan ‘kamera polis’ (PolCam) dan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lain, dia berjaya ditangkap dalam tempoh empat jam selepas melakukan jenayah itu.

Kes itu dikongsikan oleh Pegawai Pemantau, Inspektor Balai (SI) Siti Shamsiah Mohamad Deshah, dari Pusat Komand Operasi Polis (POCC).

Dalam kes lain, Pegawai Pasukan Bertindak Serangan Jenayah, Staf Sarjan Kanan SSSGT Tay Jian Long dari Pusat Polis Kejiranan Sengkang berkongsi tentang kes gangguan ‘tailong’.

Kedua-dua kes ini dikongsi semasa taklimat media berhubung penggunaan PolCam di Kementerian Dalam Negeri (MHA) pada 27 Oktober.

Berlaku pada Mac lalu, SI Siti berkongsi bahawa kes itu merupakan kes menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan cara berbahaya.

Polis dimaklumkan mengenai kes itu di sekitar Jalan Balam. Wanita itu melarikan diri selepas jenayah itu.

Lelaki itu mengalami kecederaan melecur tahap dua dan dihantar ke hospital.

Pegawai di Pusat Perintah Operasi Polis dapat mengesan lokasi suspek wanita itu walaupun dia cuba melarikan diri dengan menukar pakaiannya selepas melakukan kesalahan itu, hasil bantuan PolCam.

“Semakan lanjut daripada PolCam dan kamera lain serta siasatan darat mendedahkan bahawa suspek wanita itu telah menaiki feri menuju ke Batam.

“Maklumat ini membolehkan polis memintas feri itu dengan pantas semasa ia berlepas dari perairan Singapura, membolehkan dia ditangkap dalam tempoh empat jam selepas kejadian itu dilaporkan,” kata SI Siti.

“Walaupun mukanya tertutup, PolCam dapat membantu mengesan saiz tubuh wanita itu. Dengan informasi itu, kami menjejak langkahnya.   

“PolCam membantu dalam penyiasatan dengan mengenal pasti dan menjejak orang terbabit. Sebagai contoh, apabila seorang suspek melarikan diri selepas kejadian, PolCam dapat membantu mengesan dan menjejaki potensi lokasi berdekatan yang mungkin mangsa melarikan diri,” jelas beliau.

Wanita itu akhirnya disabitkan di Mahkamah Negara dan dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan menyebabkan kecederaan secara berbahaya dengan sengaja.

Kes Gangguan ‘Loanshark’ yang dikongsi oleh SSSGT Tay Jian Long berlaku pada Jun 2022 di sebuah unit kediaman di Compassvale Crescent.

Polis mendapati pintu pagar sebuah unit kediaman dirantai dengan kunci basikal.

Pegawai dari bahagian Polis Ang Mo Kio berjaya mengesahkan seorang suspek lelaki melakukan kesalahan itu di lokasi dengan merujuk kepada rakaman PolCam.

“Dengan adanya informasi tentang masa yang dikongsikan mangsa, ia membantu saya dalam membuat semakan PolCam,” jelas beliau.

Tiga lagi kesalahan berikutnya yang serupa di bahagian utara dan timur laut Singapura turut dikesan oleh PolCam.

“Melalui siasatan lanjut dan semakan PolCam, suspek akhirnya berjaya ditahan dalam tempoh seminggu selepas kejadian pertama dilaporkan apabila rakaman PolCam mendapati dia keluar dengan motosikal dari tempat kejadian.”

“Tanpa PolCam, kami akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengesan suspek.”

Pada Ogos 2023, lelaki itu telah disabitkan di Mahkamah Negeri atas empat pertuduhan gangguan Peminjam Wang Tanpa Lesen (UML) dan kesalahan lain dan dijatuhi hukuman enam bulan latihan reformasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >