Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 21,000 isi rumah bakal raih manfaat dari naik taraf HDB untuk warga emas

Nov 16, 2023 | 06:00 PM



Ciri-ciri mesra warga emas dalam flat HDB seperti peranti penggera kebakaran rumah, tempat duduk mandi boleh dilipat dan pintu masuk tandas yang dilebarkan bagi pengguna kerusi roda merupakan antara ciri baru yang ditawarkan di bawah program Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif 2.0 (Ease 2.0).

Program tersebut merupakan peluasan program Ease yang dijalankan Kementerian Pembangunan Negara (MND) saban tahun untuk menjadikan kawasan perumahan di sini lebih mesra warga emas.

Ciri-ciri baru yang terangkum di bawah Ease 2.0 itu dipersetujui berikutan perundingan dengan Kementerian Kesihatan (MOH), Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), karyawan penjagaan kesihatan serta maklum balas daripada penduduk.

Ease 2.0 merupakan salah satu aspek di bawah program nasional Sihat Menua SG yang bertujuan menyokong warga senja menua dengan baik di dalam rumah dan masyarakat.

Dipimpin MOH, MND, dan Kementerian Pengangkutan (MOT), Sihat Menua SG mahu menyokong warga emas dalam perjalanan mereka menua dengan aktif, kekal terhubung secara sosial dan dijaga dengan baik dalam masyarakat.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan ketiga-tiga kementerian tersebut, mereka berkata usaha yang lebih besar dan lebih bersepadu akan dilakukan untuk menangani keperluan warga emas dalam persekitaran terbina melalui kerjasama yang lebih erat dan penyelarasan antara agensi.

Ini termasuk kerjasama dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), AIC, Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), Lembaga Taman Negara (NParks) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Inisiatif peningkatan ini akan dilaksanakan secara beransur-ansur dalam tempoh lima tahun akan datang dan berpotensi memberi manfaat kepada lebih 21,000 isi rumah.

“Ini akan melibatkan kerjasama lebih erat dengan penduduk dan masyarakat untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf baru untuk menjadikannya lebih mudah dan selamat bagi warga emas melakukan aktiviti seharian mereka,” kata kenyataan itu.

Untuk menyokong warga emas berpendapatan rendah dan mereka yang lebih terdedah kerana kurang sokongan keluarga, pemerintah juga akan secara beransur-ansur menyediakan Sistem Penggera Amaran tanpa wayar (AAS) kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas yang tinggal di rumah sewa awam.

Peluasan penyediaan AAS dijangka memberi manfaat kepada tambahan sekitar 26,800 warga emas yang tinggal di 170 blok sewa.

Selain penambahan ciri mesra warga emas di dalam rumah, HDB juga akan secara beransur-ansur menjalankan kerja naik taraf di lebih 20 estet perumahan lebih tua dengan bilangan warga emas yang lebih banyak termasuk di Ang Mo Kio, Toa Payoh, Bukit Merah dan Queenstown.

Antara kerja-kerja naik taraf yang akan dijalankan termasuk tanjakan bebas halangan dan tempat rehat di sepanjang laluan yang sering dikunjungi warga emas.

Penanda blok lebih besar dan berwarna-warni juga akan dipasang untuk memudahkan warga emas, termasuk mereka yang mengalami demensia, mengenal pasti blok mereka.

Selain itu, lebih banyak kemudahan yang menyokong kesihatan seperti laluan kecergasan dan taman terapeutik mungkin dipasang untuk menggalak warga emas terlibat dalam aktiviti luar demi kekal aktif.

Semua penambahbaikan akan disesuaikan bagi setiap estet berdasarkan maklum balas penduduk. Warga emas akan turut terlibat untuk lebih memahami keperluan mereka dan mendapatkan pandangan mereka tentang kemudahan mesra warga emas yang mereka harap dapat dilihat di estet HDB masing-masing.

HDB juga telah membentuk jawatankuasa antara agensi yang melibatkan AIC, LTA dan NParks untuk menyelaraskan kerja-kerja penambahbaikan dan memastikan keperluan penduduk dipenuhi secara holistik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >