Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Lebih 4,000 penduduk dipindah dalam operasi terbesar lupus bom WWII

Sep 26, 2023 | 07:29 PM



Lebih 4,000 penduduk dari 1,000 rumah telah dipindahkan pada Selasa menjadikan ia pemindahan terbesar yang melibatkan pelupusan bom daripada era Perang Dunia Kedua (WWII).


Mereka yang terjejas adalah penduduk kondominium The Linear, Hazel Park, Hazel Park Terrace dan Blok 154 Gangsa Road.

Turut terjejas ialah kira-kira 25 haiwan peliharaan daripada sebuah pusat asrama haiwan peliharaan dan hotel haiwan peliharaan.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, yang merupakan Anggota Parlimen (AP) bagi wad di GRC Holland-Bukit Timah di mana bom itu ditemui, melawat Kelab Masyarakat (CC) Senja-Cashew, salah satu kawasan yang ditetapkan untuk penduduk, pada pagi Selasa dan bercakap dengan beberapa penduduk.

Menurut laporan The Straits Times pada Selasa, kira-kira 100 penduduk dilihat berlegar-legar, kebanyakannya warga tua.


Cik Cheah Yoke Peng, 77 tahun, seorang penduduk kondominium Hazel Park yang terjejas, datang terus ke kelab masyarakat itu dari Lapangan Terbang Changi selepas penerbangan dari China yang mendarat pada kira-kira 7 pagi.

Beliau telah ke Xian bersama abang dan kakaknya selama tujuh hari dan berasa letih selepas penerbangan lima jam itu.

Cik Cheah berkata letupan itu menyusahkannya. “Saya tidak dapat berehat langsung dan berasa sangat mengantuk sekarang,” omelnya.

Namun Encik Roman Ansay, 38 tahun, seorang pelancong berkata beliau berasa teruja apabila mendapati dirinya “berada di tengah-tengah” operasi pelupusan itu.

Warga Filipina itu berada di Singapura untuk melawat abangnya, seorang penduduk kondominium Hazel Park selama empat tahun.

Antara yang terjejas juga ialah 25 ekor anjing dari Rock N Ruff, sebuah pusat yang menawarkan kemudahan penginapan dan penjagaan untuk anjing. Haiwan-haiwan tersebut dibawa ke sebuah tempat perlindungan di Choa Chu Kang.

Berkongsi pandangan tentang pemindahan penduduk, Dr Balakrishnan berkata:

“Singapura adalah tempat yang teratur dan tenang, apabila sesuatu peristiwa berlaku. Buktinya, kita dapat bertindak dengan berkesan. Disebabkan ada kepercayaan dan kerjasama antara masyarakat, kakitangan dan agensi-agensi kami, segalanya menjadi lebih mudah.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >