Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Lebih banyak fleksibiliti bagi pelajar ITE pilih kursus di politeknik

Aug 03, 2023 | 03:52 PM



Pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang ingin mempelajari kursus yang berlainan daripada kursus yang dijalani mereka di ITE apabila mereka menyertai politeknik boleh memilih untuk melalui program kemasukan awal (EAE).

Dengan cara ini, pelajar yang mempunyai gred purata mata (GPA) yang baik tetapi mungkin tidak mahir dalam mata pelajaran tertentu, boleh mengemukakan kelayakan mereka dan melihat kekuatan mereka sendiri, kata Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, pada Khamis di Parlimen.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan oleh Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) yang bertanya tentang langkah yang akan diambil Kementerian Pendidikan (MOE) untuk memastikan pelajar ITE bersedia menghadapi tahap kesukaran akademik lebih tinggi apabila mereka memasuki politeknik.

“EAE membolehkan pelajar mendapatkan kemasukan berdasarkan kebolehan dan minat dalam kursus pilihan mereka.

“Kami mempunyai bimbingan kerjaya bagi pelajar di peringkat ITE dan juga di politeknik untuk membolehkan mereka membuat keputusan termaklum dan bagaimana mereka boleh masuk ke kursus yang lebih baik di politeknik,” kata Dr Maliki.

Dalam pada itu, Dr Maliki berkata pelajar juga boleh memilih untuk menjalani program kemasukan bersama (CEP) untuk meneroka pelbagai jenis kursus yang ada sebelum mereka membuat keputusan untuk mengambil kursus yang diminati.

Menurut kenyataan MOE, pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan asas dalam satu daripada lima bidang: sains gunaan, perniagaan, reka bentuk dan media, kejuruteraan atau teknologi maklumat di bawah CEP.

“Mereka dapat menjalani satu semester program generik di politeknik sebelum mereka membuat keputusan untuk mengambil jurusan dalam bidang tertentu.

“Ia membolehkan mereka mempelajari aspek kursus yang ada (dan tidak mengehadkan mereka) kepada kursus yang mereka pelajari di ITE. Mereka kemudian boleh membuat keputusan selepas satu semester,” jelas Dr Maliki.

Mulai kemasukan politeknik pada 2027, syarat kemasukan minimum (MER) bagi graduan Higher Nitec ITE yang melanjutkan pelajaran ke politeknik akan dinaikkan daripada purata GPA 2.0 kepada 2.5.

Walaupun begitu, Dr Maliki berkata MOE menjangkakan bilangan pelajar ITE yang melanjutkan pelajaran ke politeknik kekal stabil dengan MER yang telah disemak semula itu kerana kebanyakan pelajar Higher Nitec yang diterima masuk ke politeknik hari ini sudah mencapai GPA 2.5 ke atas.

Kira-kira 4,000 graduan ITE dijangka layak dan melangkah masuk ke politeknik setiap tahun, sama seperti sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >