Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak makanan dimampui ditawar di Marine Parade

Aug 20, 2023 | 04:22 PM



Penduduk Marine Parade kini boleh menikmati makanan yang berharga lebih berpatutan di kebanyakan gerai pusat makanan dan kedai kopi kawasan itu.

Inisiatif bernama Value Meal @ Marine Parade, yang menawarkan makanan berharga $3.50 dan lebih rendah, bertujuan meringankan beban penduduk dalam menangani harga makanan yang semakin meningkat.

Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, melancarkan usaha itu pada Ahad, ketika mengehoskan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dalam satu lawatan masyarakat menteri ke bahagian Marine Parade.

Bercakap kepada wartawan di Blok 8, Pusat Makanan Marine Parade Central, Dr Tan yang juga Anggota Parlimen bagi GRC Marine Parade dan penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi GRC (GRO) Marine Parade, menjelaskan bahawa dua daripada tiga pegerai pusat makanan dan kedai kopi di Marine Parade telah menyertai inisiatif itu. 

“Ia adalah satu inisiatif baik... Ia memberikan penduduk jaminan bahawa makanan di kedai kopi dan pusat penjaja kami dimampui.

“(Harga rendah) ini juga mengambil kira yang kami mempunyai bilangan penduduk warga tua yang lebih tinggi dalam kawasan ini,” kata Dr Tan.

Penduduk boleh mengenal pasti gerai yang mengambil bahagian menerusi pelekat yang ditampal pada tanda gerai berkenaan.

Usaha itu adalah kerjasama Jawatankuasa Perundingan Penduduk Marine Parade (CCC) dengan Persatuan Pedagang Marine Parade dan Persatuan Perniagaan Katong-Joo Chiat.

Pengerusi Persatuan Pedagang Marine Parade, Encik Thya Boon Hin, berkata: “Kami memahami kebimbangan komuniti Marine Parade mengenai kenaikan harga makanan dan telah berbincang dengan Marine Parade CCC untuk melancarkan inisiatif tempatan ini, yang kami berharap dapat memberi manfaat kepada mereka yang kerap ke pusat penjaja dan kedai kopi.”

Selain itu, GRO Marine Parade juga menyediakan peluang memperkasa penduduk belianya.

Dengan kerjasama rakan kongsi masyarakat The Hut Limited, kanak-kanak dan belia berisiko, terutamanya daripada keluarga susah yang berusia lima hingga 17 tahun, di kawasan itu dapat menyertai program akademik dan membangun diri. 

Kegiatan yang dianjurkan termasuk program pementoran serta aktiviti mengajar mereka mengamalkan pemakanan sihat dan tabiat kemampanan seperti menuai tanaman segar.

Pengurus program The Hut Limited, Cik Nyan Fei Ting berkata: 


“Kami memberi tumpuan kepada membina asas pendidikan yang kukuh dan menghubungkan anak-anak dan belia kita kepada rangkaian dan sumber yang menyokong. Dengan berbuat sedemikian, kami berharap dapat memainkan peranan dalam meningkatkan mobiliti sosial untuk golongan muda dari latar belakang susah.


“The Hut berada di sini untuk menjalani kehidupan bersama kanak-kanak dan belia, melalui jatuh bangun mereka, semasa mereka belajar dan membesar.” 


Buat masa ini, The Hut mempunyai 228 anggota berdaftar dan menyokong lebih 150 keluarga.


Lawatan masyarakat menteri itu adalah sebahagian daripada acara Karnival Hari Kebangsaan Marine Parade anjuran GRO Marine Parade pada Ahad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >