Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Teknologi pelengkap, bukan ganti peranan pekerja

Pekerja harus terbuka tingkat kemahiran, dakap teknologi dan kesatuan sekerja sedia hulur sokongan
Jul 23, 2023 | 05:30 AM



Dunia pekerjaan sentiasa berkembang, dan pandemik Covid-19 merupakan mangkin kepada penggunaan teknologi, memacu inovasi, kecekapan dan daya tahan merentas pelbagai sektor ekonomi sejagat dan tempatan.

Pandemik ini, yang bermula pada awal 2020, menyebabkan kehilangan pekerjaan yang meluas, penutupan perniagaan dan gangguan rantaian bekalan.

Ia memaksa syarikat memikirkan semula dan menyusun semula model perniagaan dan pengaturan kerja untuk pekerja semasa penutupan dan kuarantin. 

Tidak dinafikan, pandemik Covid-19 turut mempercepatkan penggunaan teknologi baru seperti blok rantai, kecerdasan buatan (AI) dan robotik serta meningkatkan penggunaan alat digital untuk memudahkan dan menyelaraskan operasi dan proses harian syarikat.

Berdasarkan latar belakang itu, ia merupakan antara sebab utama NTUC mengusulkan agar syarikat membentuk Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) untuk melihat semula proses kerja semasa bagi memastikan kesediaan kedua-dua syarikat dan terutamanya pekerja boleh menyesuaikan diri dan berdaya tahan untuk terus berada di hadapan.

Kesatuan Pekerja ST (STESU), yang mewakili pekerja dalam Kejuruteraan Singapore Technologies, komited untuk membantu ahlinya meningkatkan kemahiran untuk kekal bekerja.

Dengan kerjasama ST Engineering, STESU telah membentuk CTC. Melalui CTC, STESU bekerjasama rapat untuk menyediakan dan menyelaraskan tenaga kerja bagi pendigitalan bagi memenuhi keperluan masa depan melalui program latihan semula, termasuk kursus literasi digital.

Apabila pekerja lebih mahir dan bersedia menghadapi cabaran mendatang, mereka lebih yakin menerima teknologi dan berpotensi menikmati gaji lebih tinggi, seiring kebajikan dan prospek kerja yang lebih baik. 

Sehingga kini, lebih 1,000 pekerja telah menjalani peningkatan kemahiran, dan beberapa daya usaha dikenal pasti untuk menangani keperluan tenaga manusia yang genting.

Ia turut melengkapkan tenaga kerja awal dengan kemahiran baru – seperti kemahiran digital, keupayaan teknikal untuk mengendalikan kerja pembaikan kenderaan elektrik – untuk beralih ke arah baru dalam bidang pekerjaan dan perniagaan.

Daripada jumlah itu, empat daripada daya usaha itu telah menerima sokongan pembiayaan melalui Geran CTC NTUC.







Selain bekerjasama dengan ST, STESU mengiktiraf kepentingan untuk melibatkan ahlinya. 

Oleh itu, STESU telah melaksanakan alatan dan platform digital – contohnya borang keahlian dalam talian, risalah keahlian digital,pelaporan rungutan digital, pembayaran dalam talian, Telegram, Telegram chatbot – untuk meningkatkan jangkauan kepada pekerja baru, meningkatkan pengalaman ahli kesatuan dalam berkongsi maklum balas dan kebimbangan mereka dalam masa nyata dan mendidik pekerja mengenai hak pekerjaan mereka.

Sama pentingnya bagi pekerja untuk menjadi proaktif dalam pembangunan kerjaya mereka dengan bertanggungjawab dalam pembelajaran dan pembangunan mereka sendiri. Sehubungan itu, Program Bantuan Latihan Kesatuan NTUC (UTAP), akan membantu dalam membiayai kos latihan.

Ahli kesatuan menikmati 50 peratus sokongan yuran kursus yang tidak dibiayai sehingga $250 setiap tahun bagi kursus yang disokong di bawah UTAP. Ahli yang berumur 40 tahun dan ke atas layak mendapat sokongan pembiayaan yang meningkat daripada $250 kepada $500.

STESU juga sedang dalam proses melancarkan akademi untuk memberi lebih banyak sokongan kepada ahli yang berminat meningkatkan kemahiran diri.

Memandangkan masa depan kerja tidak dapat diramal, syarikat dan pekerja mesti turut memainkan peranan untuk kekal relevan dalam masa tidak menentu.

Syarikat harus bekerjasama rapat dengan kesatuan mereka untuk menilai secara berterusan tahap kesediaan masa depan mereka dari segi penggunaan teknologi, pengoptimuman proses dan automasi, perancangan sumber dan peruntukan tenaga kerja.

Syarikat juga harus mempertimbangkan skim sokongan dan geran yang ada untuk meningkatkan produktiviti. Pekerja sebagai individu, digalakkan untuk mengembangkan minda “boleh”, terbuka kepada cabaran baru dan pembelajaran sepanjang hayat.

Maklum balas yang dikumpul daripada semua pekerja yang terlibat dalam automasi adalah sama. Semua berasa bimbang dan cemas pada permulaan pelaksanaan automasi.

Setelah siap, semua pekerja memberi maklum balas positif kerana beban kerja berkurangan dan seterusnya meningkatkan produktiviti. 

Seorang kakitangan, Encik Ten Ke Chuan, 62 tahun, yang terlibat dengan automasi menyatakan bahawa sekarang kerja beliau lebih mudah dan boleh dilakukan dalam masa lebih singkat.

Daripada pekerjaan yang lebih fizikal, beliau kini boleh menjalankan pemeriksaan dan secara serentak melakukan kerja lain. Beliau tidak sabar untuk terus bekerja sehingga bersara.

Dengan kemajuan teknologi dalam kerja, pekerja mesti bersikap positif dan menerima teknologi.

Dengan teknologi, ia membantu untuk melengkapkan dan tidak menggantikan anda di tempat kerja.

Anda akan ketinggalan jika anda tidak terbuka mendakap transformasi teknologi yang kian berubah.

Penulis Setiausaha Agung, Kesatuan Sekerja ST Engineering (STESU) dan Anggota Jawatankuasa Pusat NTUC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >