Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak spesies bakau di Gardens by the Bay jelang 2027

Jul 20, 2023 | 06:23 PM



Singapura akan menanam lebih banyak spesies bakau di kawasan paya di Gardens by the Bay. Ini setelah kajian menunjukkan habitat tersebut berkesan dalam menangkap karbon dan menggalak kewujudan pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadi.

Ia diumumkan dalam sesi kuliah di Gardens by the Bay pada Khamis yang dihadiri Menteri Kedua Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah, lapor The Straits Times.


Bakau berkesan dalam menyerap dan menyimpan karbon dioksida (CO2) dalam akar dan endapan sekitarnya, membantu mencegah gas pemanasan planet daripada memasuki atmosfera.


Hutan bakau boleh menyerap tiga hingga lima kali ganda lebih karbon dioksida daripada hutan hujan tropika, bergantung di mana spesies bakau ditanam.

Gardens by the Bay merancang menggandakan kawasan penanaman bakau di habitat paya seluas 5,148 meter persegi yang sedang dibangunkan di Bay East Garden, setelah kajian perintis dijalankan di Tanah Paya Kingfisher.

Bay East Garden dijangka akan dibuka pada 2027.

Di samping itu, kajian yang dijalankan oleh firma perunding alam sekitar, DHI Water and Environment, mengenal pasti spesies bakau yang boleh bertahan dalam keadaan air tawar di rawa Gardens by the Bay, memandangkan habitat asalnya terletak di kawasan pantai.


Sesetengah spesies, terutamanya yang tergolong dalam genus Lumnitzera, mempunyai kadar kegunaan tertinggi walaupun ia adalah spesies pencinta garam yang berkembang subur di habitat pantai.


Selain itu, lebih banyak kandungan karbon telah dikumpul dari endapan kolam di tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi ini berbanding dengan ekosistem karbon biru lain di Sungei Buloh, Pulau Seletar, dan Chek Jawa.


Ia kerana kebolehan pengasingan karbon ekosistem ini selalunya terjejas oleh pasang surut semula jadi, arus, dan kebanjiran yang kerap berlaku. Karbon biru merujuk kepada karbon yang ditangkap oleh ekosistem marin dan pantai, termasuk rumput laut dan paya bakau.


Keupayaan penyimpanan karbon di hutan paya bakau, Kingfisher Wetlands, didapati meningkat seiring dengan masa, apabila tumbuhan tersebut tumbuh selama tempoh pemantauan selama setahun.


Sejumlah 65 spesies fauna, termasuk spesies yang terancam dan rentan di peringkat tempatan, turut direkodkan di kawasan paya, Kingfisher Wetlands, menunjukkan habitat ini mendorong kepelbagaian biologi. Lebih daripada 30 spesies burung, termasuk burung migratori, turut direkodkan, bersama-sama dengan sembilan spesies reptilia dan lebih daripada lima spesies ikan.


Kajian ini disokong oleh Pusat Penyelesaian Iklim Berasaskan Alam Universiti Nasional Singapura, Temasek, dan SG Eco-Fund.

Mengambil perhatian keunikan rawa buatan bandar di Singapura, Ketua Pegawai Eksekutif Gardens by the Bay, Encik Felix Loh, menyatakan beliau gembira Tanah Paya Kingfisher dapat berfungsi sebagai wadah bagi pakar ekologi menilai potensi pengasingan karbonnya.

“Paya seperti itu juga mendekatkan biodiversiti kepada penduduk kota selain menjadi wadah untuk mendidik orang ramai tentang potensi paya bakau buatan manusia sebagai satu ikhtiar masyarakat bandar menyumbang kepada usaha memerangi perubahan iklim.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >